Thursday, August 18, 2011

Canon EF 75-300mm f/4-5.6 III USM

Dah lama aku nak buat entry pasal gajet photograpi... Tapi tak berkesempatan. Nak update blog pun aku tak sempat. Tapi bulan puasa ni, aku menyempatkan diri untuk bercerita tentang minat aku ni. Tujuannya untuk memberi sedikit info pada member2 yg baru2 nak berjinak dengan sistem DSLR ni. Untuk yang dah pro tak payah le baca karangan merapu aku ni. Pasal aku pun bapak budak baru belajar, kalau salah tolong jolokkan!! hahahaha!! Ok.. kerana aku guna sistem Canon, maka aku cerita pasal hal2 berkaitan dengan Kenong je laa.
Kali ni nak cerita pasal lens Canon. Biasa le, bila beli DSLR dapat kit-lens. biasanya yang 18-55mm aje. Pada yang baru2 dapat kamera ni, biasanya terus nak skodeng je laaa... So kit-lens memang tak menepati citarasa. Jadi pada yang nak zoom jauh sikit, aku cadangkan beli le lens ni. Kenapa?.. kerana jaraknya menjangkau 300mm focal. dan yang penting termurah dalam siri zoom lens dari Canon. Harganya bawah RM900.
Hasilnya agak memuaskan jugak le. Ni terpulang kat mata masing2. Kalau nak gambo yang biasa2 dari jarak jauh, boleh le cuba lens ni. Lens ni dilengkapi dengan sistem USM. Apa tu?..Bukan Universiti Sains Malaysia. Tapi Ultrasonic motor untuk mefocus dengan cepat dan senyap. Cuma lens ni tak berapa sesuai untuk tempat yang kurang cahaya. Kalau tangan parkinson lagi teruk. Gegar le jawapnya. Kerana lens ni tak de IS. (pengstabil image)
Ni antara contoh2 gambo yang aku shoot dengan lens ni. Boleh le... padan dengan harganya....

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

gambar skodeng awek mandi tak heeengat~

SkiD said...

Alamak!! terlupa le bulan posa...

Ym.Bundle said...

hahaha..gambar awek mandi yang seksi lagi takde ke abg din..ekeke

Ijau D. Koceng said...

tp yg posing tepi beskal ngan kotak tu bleh tahan cumel

berteromber said...

cam siak jer gambo contohnya...hahaha..

SkiD said...

Fiq...bulan posa ni..patut2 dah laa..

Ijau... model tu awek geng kayuh MTB aku tu..!!

Berteromber...lu dah sambar DSLR ke belom? bila lagi? Gambo contoh mesti kena ada gambo awek!! walau pun gambo tak cantik, jadi nampak cantik!!

Dr. Bentara said...

hahaha... dah agak dah lens buat sekodeng aweks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...