Monday, June 29, 2009

Tokyo Blade

Tokyo Blade?...pernah dengar ke?...Pada yang tau okle..pada yang tak tau...band ni tak de kena-mengena dengan Jepun. Agak popular le awal2 80an dulu. Ni antara band2 yg popular di-era NWOBHM. Lagu2 diaorang selalu ada dlm playlist kompilasi Kerrang dalam keset Apache. Aku malas nak cerita pasal band ni..boleh baca kat sini je..

Aku mula kenal lagu2 diaorang bila aku dengar lagu If Heaven Is Hell..dalam kompilasi Kerrang. Cuma masa tu tak de jual album penuh. So cuma dapat dengar beberapa lagu je le dari album ni. Album ni original keluar tahun 1983. Masa tu memang genre rock cam ni memang tengah memuncak. Keset Apache memang le antara pengaruh kuat mempopular band2 cam ni masa tu.

So layan le lagu If Heaven Is Hell ni...yang aku sendiri pun lama dah tak dengar...

Friday, June 26, 2009

Akhirnya...Pergi jua...

Semenjak dua menjak ni ramai le kekawan kite yg dah pergi meninggalkan kite. Terasa sungguh yg aku ni makin lama.(tak nak ngaku tua gak tu). Pagi ni aku terbaca berita terbaru. Macam tak caya lak...offical ke ni?...tapi tu le kesudahannya...

LOS ANGELES – Michael Jackson, the sensationally gifted child star who rose to become the "King of Pop" and the biggest celebrity in the world only to fall from his throne in a freakish series of scandals, died Thursday. He was 50. Jackson died at UCLA Medical Center in Los Angeles. Ed Winter, the assistant chief coroner for Los Angeles County, confirmed his office had been notified of the death and would handle the investigation.

The circumstances of Jackson's death were not immediately clear. Jackson was not breathing when Los Angeles Fire Department paramedics responded to a call at his Los Angeles home about 12:30 p.m., Capt. Steve Ruda told the Los Angeles Times. The paramedics performed CPR and took him to the hospital, Ruda told the newspaper.

Emm..aku menapak remaja dengan lagu dia. Sebelum terjebak ke arena rock. So walau apa pun orang kata, aku masih tetap minat lagu2 dia terutama album Thriller...

Wednesday, June 24, 2009

PCC Nexus Presidential Ride 2009 Datang Lagi.

Tengahari ni aku dapat sms dari PCC ajak join PCC ride 2009 ni. Pada semua member2 basikal tentu dah dapat sms ni. Pasal Asri pun dah sound aku, kalau gi kedai Samy...ambikkan borang tuk dia sekali. Emmm!! delima ni..maklum le aku tengah dalam persaraan dari arena MTB ni. Lum ready lagi nak kayuh hard-core...basikal aku pun break bocor tak repair lagi. So camno...Kalau ingat pada kenangan ride 2007 dulu..peh!! enjoy abis. 2008 tak de pasal masa ride 2007...tuan tanah track yg kite org lenjan tu marah. Abis kebun getah dia orang...dah jadi sawah..hehehe! Tahun ni dah pindah track baru kot. Kat Semenyeh katanya..!!
Apa2 pun pada member2 yg tak tau pasal Mountain Bike ni..dan juga PCC..

Cam ni le keterangannya...
PCC is a collection of cycling-crazy people from around the Klang Valley region of Malaysia. We share a common love for cycling and our mission is to have fun on 2 wheels! We ride regularly every Sunday, both on and off-road. We also hold long distance outstation rides and special events every now and then around Malaysia. Our 2009 Ride Calender will be out as soon as we finalise the dates or target months for this year. Look out for it !!

PCC-NEXUS Presidential Ride 2009 is now open for registration! 3 weekends' ride in 1! 65km of pleasurable pain. Registration forms available from our facebook (PCC Malaysia) and local bikeshops (from this Sat onward).

Tuesday, June 23, 2009

Awards Dari Mya...

Ha ha ha...Father's Day lama dah lepas. (pada yg sambutnya laa). So tetiba hari ni aku ke blog Mya. Banyak le pulak award2 yg dia bagi. Pas tu aku kata le, award untuk kaum bapak tak de ke sempena hari bapak sedunia ni... tu le pasal..dia tak tau ke ramai kaum2 bapak yg ber blogger ni.
Pas tu ...haa kau.. dia buat khas untuk bapak2..termasuk aku.
Yg ni permintaan dia..kepada geng2 yg kaum bapak tu sila2 le menjenguk ke blog dia..
Haa tu je laaa... Untuk En Naga Biru...cepat le join the club.. huhuhu!!

Last sekali..layan lagu ni...lagu untuk bapa gak ni...

Friday, June 19, 2009

Yang Mana Satu...Idaman Kalbu...

Kedai Welly Batu Caves

Hari ni aku lalu depan kedai Welly, pasal nak tegangkan rantai 'superbike' aku...hehehe...superbike??? Aku pegi belakang kedai Welly, motor aku tak layak servis kat sini. Buat gelak dek orang je...Aku nampak banyak le model2 baru yg sampai. Peh! pening nak pilih. Tapi apa pun aku memang minat model ZX-6R. Dah follow dari tahun 2006 lagi model ni...tiap2 tahun berubah. Dari ekzos kat bawah, sampai naik bawah tempat duduk...pas tu turun bawah balik. Model 2009 ni nampak lebih sporty!!



Ni le ZX-6R model 2009

Tapi apakan daya..setakat hari ni aku hanya mampu berangan je. Modal tak cukup untuk aku sambar satu. Aku minat dgn superbike ni dah lama dah. Dari era 80an lagi. Dulu aku cukup giler dgn Yamaha YPVS. Mat motor panggil Y-pang!! Kalau kepada yg tak tau...motor ni le yg Zek pakai masa ngorat Azura dulu..Dlm filem Azura laa..! Tapi pada masa tu..aku pakai RX-s je...dapat convert jadi RX-Z pun dah berbaloi. Dulu org tak panggil mat rempit. Pasal kite org tak le seganas mat rempit sekarang ni. Dulu kitaorang cuma lepak2 kat DayaBumi je...Paling2 nakal pun wheelie depan Pejabat Pos Besar tu je..pas tu lap kat roundabout depan tu...tengok cecah telinga tak masa peng tu! Lagi satu pot kat Dataran...pas tu konvoi ke Doraisamy...makan nasi lemak malam minggu. Tapi tu semua dah tinggal kenangan je. Teringin rasa nak balik zaman tu... Best oii...
Berbalik citer superbike yg aku minat giler ni.. Ingatkan bila dah habis hutang kereta, buleh le kumpul2 sikit duit buat downpayment. Hampeh...tah kemana habis duit aku. Lagi pun wife aku tak berapa kasi le aku pakai superbike ni..yg terutamanya pasal nak berhutang tu.. Abis tu nak beli cash, mana mampu...hehehe! So.. mimpi je la aku. Mana le tau ada rezeki tersepak. Jalan2 tersepak duit seguni ke... buleh le aku sambar ZX-6R idaman kalbu ni...

Exhausts Yoshimura...
Tiap2 hari lalu depan Welly...asyik jeling2 je...jeling2 manja lak tu...melihatkan idaman kalbu ku kat dalam showroom tu...Bukan jeling kat awek salegirl tu, jeling kat motor la...hahaha! Kalau dapat, first sekali akan ku tukar ekzos mu...pakai Yoshimura..baru bederum bergegar jalan..
hehehe!..syok berangan ni..pasal tak kena duit. Tapi tak pe la...Sabau ye Skid..nanti ada rezeki ada laa... Sebelum tiba waku itu.. bawak LC aku sekarang ni pun rasa macam superbike dah!


Awek pun buleh pakai superbike..kenapa aku tidak?..ZX-6R model 2008



Tuesday, June 16, 2009

Heavy Metal dan Aku

Emm!! bila aku mula jadi Mat Metal ni?? aku pun dah tak ingat hujung pangkalnya. Tau2 je dari New Wave dan Top 40 zaman 80's, tetiba menggila dengar lagu2 batu ni pulak. Mula asalnya aku minat lagu2 yg ada bunyi guitar. So aku minat le dengar Band2 mainstream 80's padal awalnya. Contohnya, aku minat Toto, Styx, Journey, Reo Speedwagon dan banyak lagi le...Masa zaman aku sekolah dulu, terutamanya masa tingkatan 4 dan 5, aku tengah kuat layan Micheal Jackson, Duran Duran, Spandau Ballet, Men At Work dan memacam lagi le, sambil-sambil tu aku belajar dengar Scorpions, Deep Purple, Dio... Siapa yg pengaruh aku?...Sapa lagi kalau bukan anak jiran aku dan classmate aku. Nama glamournya masa tu Lek!! Pas tu ada lagi sorang yg kuat mempengaruhi aku. Budak kampung aku gak. Sori bro, gua tak ingat nama lu, tapi rupa lu tetap gua ingat. Lama tak jumpa, tah idup tah tidak lagi. Yg gua ingat lu anak Manap Tampoi. Kalau orang kampung aku tentu kenal la... Mamat ni le yg memperkenalkan aku dgn band2 rock yg baru dan terkini.(pada ketika tu la). Banyak koleksi keset dia yg dia bagi aku pinjam. Antara yg aku ingat, Def Lappard, Ratt, Bon Jovi,...dan dia le yg mengajak aku beli keset Scorpions- Love at the First Sting, masa album tu kuar. 1984 aku di tingkatan 5, lepas baca review kat NST edisi Ahad kat libary sekolah. Balik tu terus gi kedai keset, nyonya kedai keset tu kata, panas lagi ooo, baru sampai ooo!!! masa tu cetak rompak le..berleluasa. Apache lum ada lagi masa tu!!

Khazanah aku dedulu, banyak yg dah hilang. Sayang tul...tak leh nak riak..hehehe!

Tu sebabnya, album2 yg aku beli masa dia dizaman dia kuar, memang melekat kat kepala aku. Tak seperti album2 yg aku dapatkan kemudian, contohnya aku beli keset Scorpions- Blackout, selepas aku dah ada album Love at the First Sting. Bukan masa dia betul2 kuar. Ok nanti pas ni aku akan citer album2 yg aku minat dan aku beli keset tu masa dia baru release!

Ok aku teruskan citer pasal aku dan Metal ni, 1986 aku berhijrah ke KL. Senang cerita, sebelum 1984, KL tak rock beb!! JB lama dah rock!!! Aku ingat lagi cuti sekolah 1984, aku lepak KL. So layan le guitar Kapok kat tepi lombong Kg Pandan.(Lombong tu dah tak de sekarang, dah jadi MRR2). Aku layan lagu Always Somewhere, tak de sorang pon tau aku bawak lagu sapa!! Sedangkan lagu tu le aku jem tepi sempang kat kg aku!! Bebudak sebaya aku masa tu semua tau!! Kat KL bebudak situ yg sama sesama jem tepi lombong dgn aku tu, hanya tau lagu Jamal Abdillah je. Tapi bila aku berhijrah tahun 1986, KL dah kenal rock. Pasal rock melayu pun tengah mula memuncak. Battle of the Band, Search pun baru kuar Langit dan Bumi. Dan Apache pun mula mengembangkan sayap cetak rompaknya. Dan aku pun mula mendalami lagi Band2 heavy metal yg ada dan yg baru kuar. Keset Full album pertama yg aku beli masa kat KL, Tak silap aku Iron Maiden, Somewhere in Time. Pasal masa tu baru je release album tu...panas lagi ooo... dan seterusnya yg lain2 lagi...dan pelahan2 aku tinggalkan Pet Shop Boy, A-Ha, Tears For Fears, dan sebagainya....Dan masih aku ingat, pada masa tu tiap kali aku balik kampung, adik aku yg sorang ni (blogger tegar dah sekarang ni, popular blog dia). mesti selongkar beg baju aku. Tengok tape apa yg aku bawak balik....begitu lah ceritanya....

antara keset2 asal aku dulu, kotak dah lama hilang!!!

Tuesday, June 09, 2009

Here I Go Again....


Semenjak dua menjak ni aku agak busy!! Banyak keja yang dah lupus dateline!! So lama dah aku tak update blog aku ni. Agak gatal dah tangan nak menaip. Tapi tak de citer yg best nak kongsi bersama. Lepas ni aku nak bercuti pulak. Seminggu kot. Maka makin lama le aku tak dapat ngadap tenet. Tak pe lah..mungkin balik bercuti nanti ada citer2 yg best untuk diceritakan. So selamat bercuti untuk aku...hehehe!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...