Monday, May 11, 2009

Careless Whisper

1984. Dah dekat 25 tahun. Kalau anak dara lama dah orang masuk meminang. Begitulah usia lagu ni. Lagu yang betul-betul meresap dalam kepala aku, pada masa tu hinggalah kini. Dah jadi klasik dah. George Micheal berjaya menulis sebuah lagu yg memang evergreen. Pada bebudak baru, yang tak berapa kenal…Mamat ni dari kumpulan Wham dari UK. Lagu ni adalah lagu solo dia selepas dia kuar kejap dari Wham, selepas kejayaan album Make it Big. Masa tu standard le, aku masih lagi dibawah pengaruh ‘new wave 80’s’. Wham adalah sebahagian dari senarai artis-artis top mainstream yang aku minat ketika itu.(dah tentu termasuklah Duran-Duran, Spandau Ballet..dan sebagainyalah..) Dalam pada tu aku memang dalam tranformasi kearah rock dan heavy metal. Sebenarnya aku minat lagu-lagu yang ada gitar solo. Dari Scorpions dan Deep Purple yang heavy ke Styx dan Journey yang lebih pop.

So layan le lagu yg dah 25 tahun ni..dari George Micheal, Careless Whisper. (Video ni 18sx sikit. jadi tengok atas budi bicara sendiri..hehehe)



So dalam kes cover mengcover ni…lagu ni dah banyak kali dicover oleh artis lain. Pada aku la, semuanya tak berapa jadi. Ada yg terkureng, ada yg terlebih-lebih pulak. Terlebih tak sedap. Cuma aku terjumpa Band ni..Seether..dia cover lagu careless whisper ni, awal tahun ni untuk hari Valentine katanya.
Aku agak tertarik dengan versi Seether ni….bukan senang nak cover lagu klasik ni. Hasilnya memuaskan. Walaupun Seether ni band 2 ribuhan…bukan zaman aku pun, tapi hasilnya buleh masuk kepala aku la. Aku pun tak berapa tahu sangat pun Band ni. Apa-apa pun layan je la lagu versi Seether ni….


7 comments:

ROKATUA said...

Bila dia sebut, "Please stay..."

Meremang, beb. Suara kelas, gitu.

eddie dewanaga said...

lagu ni memang ada kelas tersendiri beb, layan jiwa...

tapi george micheal gay...
bodoh betul, muka ensem2 tapi tarah jantan.

deaf-angel said...

heran eh, dulu2 layan Metallica, Iron Maiden, tapi boleh George Michael dan Wham jugak..
its all about songs, janji lagu sedap.

Wake Me Up Before You Go Go huhu..

SkiD said...

ROKATUA..
aku setuju, suara Shaun Morgan memang jantan!!

Eddie,
Tu le pasal, pelik aku...

Deaf Angel,
betul tu, yang penting lagu, kalau best, boleh layan..kira ok la tu..

deaf-angel said...

and i never want to dance again, guilty feet have got no rhythm

serious bebual lirik ni is so cantik..pandai betul tulis lirik

JAIRO said...

gilos.. klasik!!! aku masih tadika masa lagu ni kuar!!!

joegrimjow said...

ooo
baru tau yg asal
ori ni susah nak lawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...