Thursday, December 15, 2011

Percutian Musim Sejuk

Kat Malaysia ni mana le ada musim sejuk. Musim hujan ada le...last2 banjir. Tu je la. So nak jugak merasa bercuti ala2 Eropah. Walaupun tak le bersalji, tapi kalau musim2 hujan ni, mengigil jugak la.
Tempatnya tak le jauh sangat dari rumah aku. Lebih kurang 60km je...kalau drive macam F1, sejam je dah sampai.... Tapi seelok-eloknya 2 jam laa... pasal jalannya penuh dengan selekoh. Buat main drift pun ok gak.
Ini le dia Fraser's Hill. Dikatakan tempat ni diberi nama sempena mamat yang jumpa dan hilang kat tempat ni. Mamat ni dari Scotland bernama Louis James Fraser. Cerita ni zaman Pak Uteh duduk Malaya dulu... Tu sebab la rumah2 kat sini macam English country side.
Tak banyak le aktiviti yg boleh dibuat kat sini selain jalan2 tengok rumah2 banglo lama. Kalau rajin nak jungle tracking boleh la...ada beberapa track yg boleh dilalui. Tak kuasa aku, kerja aku pun lebih dari jungle tracking. Sesiapa yg nak jungle tracking tu, baik le ikut aku gi kerja.
Kerana kebelakangan ni aku malas betul nak menulis blog...jadi ni kira review tempat pelancongan yg paling malas dari aku. Layan gambar je laa...

Clock Tower ni menjadi tempat wajib untuk bergambo!! Kalau tak ambik gambo kat sini, kira tak sah le lawatan Cik Kiah ke Fraser's Hill.
Akhir kata kalau pergi hujung2 tahun dan musim hujan ni... elok le bawak payung dan pakai baju tebal2 sikit....

3 comments:

Dr. Ben said...

macam kat Europe!

deaf-angel said...

cantikkk, dan foto dia jugak cantik.

berteromber said...

Ciss..Pegi tak ajak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...