
Yang nak aku cerita ni pasal sampul duit raya la. Tiap2 bank pasti ada keluar sampul duit raya tiap2 tahun dengan design berbagai2. Kalau lewat pegi mintak, mesti abis stok. Aku biasanya tak payah sibuk2 cari atau beli sampul duit raya ni. Tiap2 tahun wife aku dapat dari kompeni dia dah tentu le, berguni2 hehehe!! Tu belum lagi dari member2 dia dari bank2 yg ada sekitar KL ni.
Tahun ni bila aku check balik, stok sampul duit raya yg tahun dulu2 pun banyak lagi. Dah boleh buat koleksi sampul duit raya le pulak. Sayang aku tak ketelogkan ikut tahun. Macam2 bank ada. Ada tu sampul duit raya dari bank yg dah pupus pun ada lagi aku simpan. Contohnya macam Bank Bumiputera.
Sebenarnya aku nak jugak buat entry pasal kad raya yg makin dilupakan sekarang ni. Tapi tak de simpanan kad2 lama. Masih aku ingat dulu2 masa aku kecik2. Kad raya biasanya gambo kucing. Kalau gambo kucing Parsi mahal le kad tu...kalau kucing siam murah sikit. Tapi sayangnya tak de la pulak aku simpan contoh. Masuk era pertengahan 80an baru le kad raya ada gambo2 masjid pelbagai... begitu le..zaman dah berubah.