Wednesday, July 20, 2011

Panggilan Pulau - Pulau Redang

Sebuah lagi pulau yang telah selamat aku lawati dalam siri jelajah panggilan pulau. Pulau Redang yang terletak di negeri Terangganu..Ganu kite!! Berbekalkan GPS Lokatoo yg diubah mazahab ke Gamin dan Papago...maka sampailah aku ke Jeti Merang. Perjalan dari jeti mengambil masa dalam setengah jam dengan bot barang. Agak laju jugak le... sebenarnya aku tertinggal rombongan. Jadi peserta2 yg lambat ni kena naik 'lori ikang' le..
Rombongan Cik Kiah kami menginap kat Mutiara Redang. Tempat ni memang menarik. Kerana pantainya tidak dikongsi dengan chalet2 lain... kira private leee!! Kalau nak komen pun tentang makan je laa... bukan tak cukup makanan..., makan disediakan 4 kali sehari.. roti dan minuman boleh makan 24 jam. Cuma masakannya kureng sikit le...!!
Aktiviti pantai...main je le sendiri. Aktiviti utama ke Redang ni dah tentu la snookling! Satu hari, 2 kali sesi snookling. Pagi kul 10 dan petang kul 3. Koral kat sini memang antara yang tercantik.
Nak tengok ikan, banyak kat Taman Laut Redang. Penyu pun ada...
Dari segi snookling memang puas sungguh. Walaupun ketika rombongan Cik Kiah ni datang masa ombak agak kuat. Melambung-lambung naik bot...ramai yg termuntah!! Termasuk le pengantin baru...hehehehe!!
Bot nak rapat ke jeti pun agak susah.. Memang adventure sikit le sesi naik dan turun bot.
Setelah 3 hari 2 malam...rombongan Cik Kiah pun pulang!! Alhamdulillah...semuanya selamat.
Akhir kata..memang enjoy. Kepada sesiapa yg tak pernah ke pulau2 Malaysia ni...sila2 le mencuba. Tapi pada yg mabok laut...errr tak payah le!!
(Keluarga rombongan Cik Kiah mandi manda di pantai)

3 comments:

deaf-angel said...

cantik...

Ym.Bundle said...

cun gambar abg din..gambar pengantin mabuk yang lain2 takde ke?hahaha..nak letak kat blog saya gak ni..hehe..

SkiD said...

Bundle...
Nanti aku beri sumbangan...hahaha!!
Gambo snookling takde, takut kamera basah!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...