Monday, November 29, 2010

Genting-Kota Keriangan

Minggu lepas sempat jugak le aku bawak keluarga bercuti ke Genting Highland. Tak jauh dari rumah aku...Perjalanan dalam 45 minit aje kalau cuaca baik. Tapi masa aku pergi cuaca tengah hujan lebat. Tak nampak apa2...Pas tu Genting Skyway pulak tak beroperasi. Kena le aku drive terus ke puncak. Meraba2 dan merangkak2 nak cari pintu masuk parking First World. Kabus punya la tebal. Nasib baik parking masih banyak kosong. Boleh parking depan lobby lif. Tak le seksa nak pikul beg. Kalau naik Cable car dah tentu teruk mengheret beg sampai ke lobby hotel.

Room with a view...hahaha!! apa la dapat bilik tak de view. Tapi boleh skodeng orang sebelah. Syyyyh..jangan cerita kat sapa2!! hehehe! Oklah aku malas nak bercerita. Tengok je la gambo2 yg aku post ni... Untuk pengetahuan, kesemua gambar diambil oleh kamerawomen aka anak aku. Dengan Canon 500D dan Ultra Wide angle Tokina 11-16mm.

Self-potrait...ni le jurugambarnya...!!

Makanan kat sini berganda2 mahalnya....



Pintu masuk Snow World. Dulu boleh bawak kamera masuk dalam main salji...sekarang tak boleh lagi...diaorang pulak nak jual gambo...mahal pulak tu.. Gambo pun tak le best sangat.
Antara permainan Outdoor yg meruntun jiwa...Aku tak sempat test pasal kena jaga anak.


Dapat naik gajah je laaa...layan hero aku yg kecik tu...

Hero aku berejam main kat sini...Tak dapat langsung aku nak main yg hardcore punya permainan...
Datang sini main glongsor je...Tak rock betul le hero aku ni...


Nasib baik cuaca hari tu ok..kalau tak, tak dapat le nak main kat Outdoor.



Teringin nak naik bendaalah ni.... Tapi ramai sangat pulak yg beratur. Alasan, yg sebenarnya tak berapa berani... bukan takut tau!!




Sekian la sahaja percutian 3 hari 2 malam di Genting. Lepas ni nak bercuti lagi. Tak tau lagi nak gi mana... Gi dekat2 je dah la.... Jimat sikit.
ps: ok tak gambo2 yg anak aku ambik ni... Abis le aku, jangan dia mintak Canon 7D untuk hadiah PMR dia pas ni sudah!

Wednesday, November 24, 2010

No Komen...Korang je la yang komen!!

Kat bawah ni ada beberapa gambar yang menarik untuk diperhati... Adusss...ada jugak yang buat macam ni... Aku ingat aku je guna bahasa pasaraya kat blog aku... Tapi yang ni lagi teruk...
Korang tengok je laa...gelak je laaa..



Yang kat bawah ni lagi parah...adussss!!



Haaa komen, jangan tak komen...

Monday, November 22, 2010

Sibuk, Penat, Cuti....Tak Sempat...Adussss!!

Agak lama dah tak update blog aku ni... Aku sibuk sikit dengan kerja, lagipun aku jarang kat opis, jadi tak dapat le nak ngadap pc cam dulu2. Kat rumah lagi tak sempat nak ngadap pc. Layan hero aku yg kecik tu...berebut laptop dgn anak dara aku pulak. Mana le sempat nak online..
Ada kesempatan sikit2 ni...macam2 cerita nak cerita...last2 tak tak tau nak mula tang mana..hahaha!! Mula dengan Raya Haji yg lepas, planning nak buat korban dengan ipar duai kat Pahang. Last2 tak jadi balik Pahang. Last minit tukar route ke JB. Hal yg tak dapat dielakkan.
Penat...memang penat, tu sebab aku planning bercuti. Pun tak boleh cuti panjang jugak. Masaalah kerja tak selesai2 jugak..cuti pun hanpon tetap berbunyi... nak bercuti pun tak selesa.
Minggu ni aku kembali berkerja seperti biasa. Kesimpulannya, kalau fikir pasal kerja, memang sibuk tak abis2... Tak sempat nak buat benda2 yg kita suka. Tahun 2010 pun dah nak sampai ke penghujung. Entah apa2 je yang aku buat sepanjang tahun ni... Banyak yang aku nak buat, banyak yang tak jadi2...Kancil aku ni pun lama dah tak test power... projek terbengkalai... banyak yg aku nak buat, tapi tak sempat, sampaikan 'turbo timer' pun tak sempat pasang2 lagi. Masih dlm kotak kat dalam dashboard. Photografi pun cam tu jugak. Tak sempat nak ikut member2 gi outing menembak. Tak sempat nak test gear baru.. aduhhhh.... Mountain bike aku...lagi dah bersarang lelabah.... lama dah tak kayuh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...