Tuesday, September 07, 2010

Oregon 450

Hari ni aku akan berangkat pulang ke JB. Nak raya le katakan. Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal gajet baru aku ni. Baru pun tak sangat laaa... dah dekat 2 bulan dah aku pakai. Ni le dia handheld GPS Garmin Oregon 450. Aku beli ni untuk menggantikan GPS aku yg lama. Yang telah pun direhatkan dari tugas setelah berjaya mengharungi Sungai Pahang. Kali ni Oregon 450 pulak yg menemani aku menjelajahi hutan dan sungai. Sebenarnya benda ni banyak kegunaannya. Kalau dibandingkan dengan Garmin Nuvi yg letak dalam kereta tu, tentulah Oregon 450 ni lebih banyak function dia. Bukan sekadar menunjukkan jalan sahaja. Boleh buat tracking dalam hutan. Jadi tak takut sesat dalam hutan. Ada kompas eletronik...boleh set arah kiblat. Tak de masaalah nak solat dalam hutan. Dan macam-macam lagi le...boleh baca spec kat web Garmin ni.
Dengan adanya bendaalah ni, maka tak sesat le aku nak pulang ke kampung...maklum le jarang2 balik kampung!! Hahahahaha!! Untuk pengetahuan semua, peta untuk GPS ni boleh update free aje kat mana2 forum GPS Garmin. Aku ada 2 set peta untuk unit aku ni...satu peta topo untuk aku menjelajah hutan. Satu lagi peta jalan yang sama macam GPS yang pasang kat kereta tu.
Oklah aku pun dah nak berangkat ke JB. Mungkin lepas raya baru update lagi...so aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan aku, kepada semua pembaca2 blog aku yg tah apa-apa tah ni..kepada member2 yg rajin mengomen post2 aku kat sini.. Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada apa2 kesalahan aku selama berbloging ni.

3 comments:

Portdy said...

berapa rega ni bro?

SkiD said...

Portdy...
Dekat2 RM2k jeee...

deaf-angel said...

fren
nak ucap kat ko sekeluarga selamat hari raya
all the best always

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...