Monday, March 23, 2009

Basikal Oh Basikal

Basikal aku yang lama dah tersadai.

Model dari Bentong dgn basikal aku.

Agak lama aku tak kayuh basikal aku ni. Kayuhan ringan pun tak buat, apatah lagi kayuhan berat. Member2 dlm BBB dan yang sewaktu denganya agaknya dah lama lupakan aku. Kali terakhir aku masuk acara besar adalah PCC Kajang hujung tahun 2007. Dapat le 3 stiker...boleh le tu..Pas tu aku terus bersara. Alasannya pasal dapat baby baru. Tak leh nak kuar pagi2. So banyak le acara2 yang aku terlepas. Tapi pasal minat, aku tetap ikuti perkembangan dunia Basikal Gunung ni..(Mountain Bike..he he).






kalau tengok dekat2, sarang lelabah pun ada.


Akhirnya Dis 2008 aku keluar dari persaraan. Alamak, semput oiii..maklum le lama tak kayuh. Basikal aku pun dah mula uzur, siap ada sarang labah2 tu...pasal lama beno tak usik. Kayuhan ekstrim pertama selepas bersara, adalah kat Ladang Tuan Mee, Tasik Puteri. Makin banyak teres2 baru yg nak dilayan..teruja oii..maklum la lama tak terjun bukit. Tapi sayang tak leh nak layan semua teres...pasal basikal aku meragam. Krank jem le pulak. Apa lagi, pas tu gi kedai Samy le cari krank baru. Tapi harga barang basikal gunung ni dah mahal le.. Dulu XT buleh dapat RM450 je, ni dah RM600. Terperanjat beruk aku. Tu harga kedai Samy masa kedai kayu tepi sungai. Kalau kedai Baru ni..tak tau le...So aku angkat SLX je laa..tu pun RM420 bawak balik pasang sendiri.



ni le dia krank yg tak sempat nak pasang...


Baru le nak pasang, dah aku eksiden motor le pulak...tak leh kayuh lagi laa..bersara lagi. Nampak gayanya lama le aku bercuti dari mengayuh. Member2 lama ramai yg tanya, dah gantung basikal ke?...aik..belum lagi. nanti le dah sihat nanti aku kayuh semula. Aku dengo kat Putrajaya ada trek baru..Fuyooo..best layan downhill tu..Tengok gambo2 kat forum BBB aduhhh..macam nak test pegi jeee. Tapi tu la, lama tak kayuh ni, macam dah hilang skill jeee.. tenaga memang dah tak de pun. Tak pe laa, pas ni aku pasang krank baru aku tu dulu, pas tu kayuh ringan2 keliling rumah dulu...cari stamina balik tu. Pas tu baru buleh join balik member2 MTB semula..

Thursday, March 12, 2009

Motor oh Motor

Hari ni genap 2 minggu aku menunggang semula motosikal ke tempat kerja. Minggu ni aku rasa dah berani sikit dah..walaupun cuak jugak bila lalu kat simpang. Lebih2 kalau ada keta menjenguk keluar. Phobia oiii... Kenapa cam tu? Sebenarnya semuanya terjadi pada 6/1/2009 hari rabu, kira2 kul 8.10 pagi, waktu aku tengah berkejar ke tempat kerja. Cuaca cantik pagi tu, aku agak laju gak, pasal dah lewat nak sampai opis. Tiba kat satu simpang kat Sg Choh menghala ke Rawang, sebuah Kenari yg dipandu Amoi cun (cun ke?)..yg dah elok2 berhenti sebelum masuk simpang, tiba2 mengubah fikiran, terus meluru masuk, aku dgn kelajuan yg tak berapa laju dan tak berapa perlahan, apa lagi..terus menuju tepat ke kereta amoi tu...Adoiiii..yg aku ingat dah ramai mat2 motor yg berhenti tolong aku kat situ. Alhamdulillah! aku tak cedera teruk, tak de patah2..tak de luka2 teruk, cuma lutut aku je yg terhantuk kuat kat body Kenari tu..ada le luka kat lutut tu. First yg aku ingat, aku tanya kat bro yg tolong angkat aku tu, "moto aku camana bro?" Mamat tu pun marah aku, dia kata seattle pasal aku dulu, baru kira pasal motor..Ha ha ha...moto baru tu bang!!..sayang oiii, baru pakai 3 bulan. Dipendekan cerita. Amoi tu setuju nak bayo segala belanja klinik, dan belanja repair moto aku..haa elok le tu.

Ni bukan motor aku, tapi menjadi idaman aku. Hari2 lalu kat Welly asyik jeling je...


Cerita pasal aku dulu, pas tu baru citer moto. Aku tak leh kerja selama 5 hari, tak leh nak jalan, lutut tak leh nak bengkok. bayang le camana nak masuk tandas. Nasib baik la ni dah ada tandas duduk...kalau dulu2..alahai teruk le. Pas tu 2 bulan baru kaki aku buleh bengkok seperti biasa. Tu pun lepas bapak aku urut. (Masa aku balik JB hantar Kancil aku). Alhamdulillah, sekarang aku dah buleh bawak moto aku semula.


Ni le Yamaha 135 LC aku sebelum eksiden.

Pasal motor aku pulak. Aku agak kecewa le jugak. Maklum la moto baru..tetiba eksiden. Abis bengkok fork depan. Cover depan semua pecah. walau pun dah repair, tak sesedap dulu lagi... Memula dah tak de semangat nak tengok moto tu dah. Tapi lama2 sayang oi beli memahal, tapi tak pakai. akhirnya aku pakai jugak le. So sekarang aku dah bawak motor ke opis semula. Cuma aku agak lebih berhati2 le sekarang. Kurang le sikit merempit, kalau jalan lurus setakat 120km/j je la...(ikut kelajuan meter LC) he he he!!

Ni motor aku setelah direpair selepas eksiden.

Pas ni adakah aku akan terus bawak motor ke opis? Walaupun dah ada Kancil Turbo? Ha ha ha...
dah sedap le bawak motor, tak de jem. Dulu bawak motor pasal minyak mahal. Tapi bila minyak dah murah, tetap syok bawak motor.

Sunday, March 01, 2009

Iron Maiden Punya Pasal....


Lepas aku baca review sdr Ibrisam pasal konsert Iron Maiden kat New Zealand, peh!! aku pun ikut teruja...Tu yang gi selongkar gerobok CD aku. Cari punya cari, jumpa 5 keping je CD IM ni..tu pun yg double CD (Original album + bonus CD). CD ni keluar sekitar tahun 1995. edaran EMI. Aku beli kat Salem Power Station di Ampang Point. (ada lagi ke kedai tu?). Koleksi CD ni ada 10 semuanya, dari album pertama sampai ke Fear of the dark. Dikeluarkan sempena keluar album baru ketika tu, The X Factor. Tapi aku hanya ada 7 CD aje. Dan sayangnya dari 7 hanya tinggal 5 je yg masih tersimpan hingga ari ni. Yg 2 lagi tah hilang kat mana, aku pun tak ingat.CD yg hilang adalah Fear of the dark dan Killers.Yang masih ada:
The Number Of The Beast (1982)
Piece Of Mind (1983)
Powerslave (1984)
Somewhere In Time (1986)
Seventh Son Of a Seventh Son (1988)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...