Monday, February 23, 2009

Down-grade My Kancil


Setelah jemu dengan Kancil 850 aku yg ku beli pada 2002 (Last model lampu petak sebelum kuar lampu mata belalang). Maklumlah hutang dah nak abis bayo. Apa patut aku buat untuk aku teruja semula untuk memandu keta tu. Ada jugak terlintas nak tangkap Viva baru...tapi kena berhutang lagi...panjang lagi..leceh laaa...Akhirnya aku buat keputusan mudah. Gear manual ku tukar ke auto. Baru tak rasa penat meredah jem. Lagi pun clutch keta aku tu pun dah nak abis. So awal tahun ari tu, aku berbincang dgn bapak aku, nak pinjam keta dia sementara aku tukar gearbox keta aku. Bapak aku yg lagi advance ni terus mencadangkan aku convert enjin terus...tu idea baik. Kebetulan adik aku dan adik sepupu aku memang makenik kereta. So aku terus call dia bertanyakan berapa bajet perlu aku sediakan. Dia orang kata kalau buat sendiri, dalam RM3000 cukup le...Maka projek aku pun bermula.


Enjin L5 Turbo yg aku beli



Dashboard Mira L5


Memula survey enjin dulu..banyak gak le laman forum kat tenet yg bincang pasal enjin mira turbo aku jengah. Akhirnya aku serahkan kat adik sepupu aku pilih enjin. Cari punya cari, dapat le enjin L5 Turbo. Aku beli half-cut, separuh badan, dgn gearbox auto dan dashboard. Enjin dah ada...so bila nak hantar keta? Enjin dah ready kat bengkel(lebih tepat lagi rumah Pak Usu aku)Aku kat KL, makenik aku kat JB...so raya cina yg lepas aku pun bawak balik Kancil aku ke JB. Seingat aku ni le kali ke 2 Kancil aku menerjah JB sejak aku pakai keta tu. Balik dgn famili aku lak tu. Adusss sempit sakan lak rasanya...beg baju lagi, anak lagi. He he he. Dapat le aku bayangkan kalau orang yg hanya ada keta Kancil tu aje, sebagai keta utama...Syukur le aku ada keta yg lain (Yg tu biasanya wife aku yg pakai).




So pada masa ni Kancil aku dah transform jadi Kancil Turbo. Kenapa aku kata down-grade?? Pasal dari 850 jadi 660. tu la pasal...cuma ada turbo le. Camana rupa keta tu sekarang, aku pun tak tengok lagi. masih di JB pada adik aku. Dia tengah test running lagi, katanya laaa. Aku sebenarnya dah tak sabo2 nak tengok Kancil Turbo aku tu... Tapi nanti la, kalau adik aku kata semua dah ok, baru le aku balik JB untuk test power...hehehe..

Tunggu kisah seterusnya, bila aku balik ke JB nanti...tunggguuuuu!!!!

Saturday, February 21, 2009

Knight Rider

Knight Rider versi 2009
Aku bukan nak mengulas siri TV ni. Aku tertengok(tertengok???) kat Astro beberapa hari lalu. Tentu ramai yg tau ceritanya mengisahkan apa....sebuah kereta yg berteknologi tinggi!! Siapa pelakonnya...sapa nama watak utamanya...tu tak penting. Tengok citer tu..tau laa..
Yang aku nak citer kat sini ialah kenangan disebalik aku tertengok citer tu... Seperti ramai yg tau, cerita ni disambung dari siri dgn nama yg sama dari tahun 80an. Tak silap aku pilot episode dia tayang tahun 1982. So, inilah cerita aku.....
Knight Rider versi asal 1982
Masa siri ni ditayangkan, aku baru sekolah menengah. Masa tu tengok kat Ch5 SBC (TV Singapore le..) Tu le kelebihan orang JB pada masa tu. Dapat tengok TV Singapura. TV3 tak de lagi masa tu. RTM sentiasa ketinggalan zaman. Biasanya siri siri baru ni semua tengok kat Ch5. Siri ni ditayangkan pukul 7.30 malam waktu semenanjung...(ha ha ha masa tu ada waktu semenanjung tau). So masa tu jugaklah masa untuk aku mengaji Quraan. Mak aku yg ajar. Selain aku dan adik2 aku, anak2 jiran pun ada tumpang mengaji. So berebut2 le nak ngaji dulu. takut miss pulak citer Knight Rider ni. Biasanya aku selalu kena last. merungut2 je masa tu...ni knight rider dah start ni...!! nak wat camana...tengok je lah ujung2. Kalau aku mengaji rumah orang lain, lama dah aku ponteng..he he he..ni kat rumah sendiri..sabo je laaa. Gitu le minda aku masa kecik2 dulu. ish ish ish! TV rumah aku masa tu hitam puteh je. Jenis Hitachi 14'. Kecik je...pasal pakai bateri basah (Bateri kereta). Al maklumlah..kampung aku (lebih tepat lagi Felda) tak de "karan" masa tu. LLN tak masuk lagi. Keburukan pakai bateri ni, bila bateri tu makin nak abis, gambo TV tu pun makin kecik. dah le skrin tu 14'.makin tak nampak le...lebih haru lagi kalau tak de backup bateri. Cerita tak sempat abis, TV dah padam. Sengal betul le rasanya kalau kena cam tu. Budak2 sekarang ni beruntung. Celik mata je dah ada eletrik, ada komputer, ada internet, ada handphone...tu tak termasuk ada mp3, mp4, mpv, ngv dan sebagainya...he he he..Tu la, kekadang bila aku citer dgn anak aku, diaorang tak leh terfikir camana buleh idup tanpa eletrik. Blackout 2 jam je dah gelabah. So tu le dia ceritanya, bila aku tengok Knight Rider beberapa malam yg lalu, teringat kisah dedulu. Sebenarnya banyak siri2 dedulu yg aku tak miss. Masa tu mana ada drama swasta. Cerita melayu pun hanya Drama Minggu Ini. So layan citer omputeh le.

Friday, February 20, 2009

Mukadimah

Blog ni aku dah lama nak buat...tapi tak de masa.... kerana aku bukan le penulis yang berbakat..setakat tulis hentam keromo je buleh leee.. Ruangan aku ni tak terbatas kepada tajuk tertentu je... apa yg aku rasa aku nak tulis...maka aku tulis le... samada ada follower ke tak... tu tak jadi hal... yang penting apa aku rasa nak tulis....aku akan tulis...(yg tentunya tak langar law le). Mungkin kebanyakannya kisah hidup aku...so, bermulanya disini.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...