Bebulan puasa ni malas aku nak rebiu CD Rock. So aku nak bawak tajuk cara2 nak endos enjin bila buat tukar enjin. Dalam kes aku ni, tukar enjin Kancil 850 ke L5 660 Turbo. Mengikut atas kertas memang senang je. Tapi bila buat..adoiii...macam2 masaalah. Ok..aku cerita bab prosedur dulu...ni aku cerita pasal Kancil..kalau 2.0 turbo nak masuk Wira 1.5 tu..kes lain..setahu aku sekarang dah tak boleh. Memula beli enjin dulu laa..Cari le kat halfcut...cari yang cantik sikit, rega mahu murah!! Jangan lupa minak resit dan surat kastam. Dalam kes aku..aku beli enjin L5 Turbo, harga RM2400. Enjin pasang dulu laa...siap pasang lenjan abis2...testing ok ke tak enjin tu..Kalau tak ok, tukar lain le... Kalau semua dah ok. Baru masuk fasa 2, nak endos enjin kat JPJ.
Ni bab yg rumit sikit. sikit je...tapi kalau ikut peraturan, senang je. Tapi camana pun tak leh siap 1 hari.. Bahan2 yang perlu ada untuk endos enjin adalah seperti ni...
Dokumen yg wajib ada:
1. Borang Pemberitahuan Tukar Enjin
2. Gran Pendaftaran Asal.
3. Resit Pembelian Enjin yang Asal
4. Surat Kastam K2 yang Disahkan.(Dapat dari kedai beli enjin)
5. Insuran Baru
6. Surat Pelepasan Dari Bank(kalau masih dalam hutang)
Dokumen2 ni kena buat dalam 4 salinan. Setelah cukup kertas kerja, mula le kerja2 di lapangan.
Dokumen2 diatas hendaklah dikemukakan ke Bahagian Taknik JPJ kat Putrajaya. Pada yang duduk diluar Selangor, boleh pos aje. Kalau rajin godeh kat Aras 2 Block D Putrajaya tu, cepat le siap surat sokongan kawalselia JPJ tu. Kalau malas, dok tunggu je, dalam masa 2 minggu kuar le surat tu.
Lepas dapat surat tu dan dokumen2 tadi, kena le pegi Puspakom. Jangan gi Puspanita lak. Surat kelulusan kawalselia JPJ ni berjangka hayat selama 6 bulan je. So kena bawak kereta untuk inspeksen dalam jangkamasa tu kat Puspakom. Kena bayo RM60 kat Puspakom. Kalau tak de masaalah, kereta standard modified, memang senang lepas. Puspakom akan keluarkan surat kelulusan untuk endos no enjin baru kat JPJ. Jangka hayat surat ni pulak adalah 3 bulan. So jangan tunggu lama2 bila dah lulus. Gi JPJ cepat2.
Ok sekarang tinggal kes nak endos no enjin baru kat Geran je. Bawak semua dokumen yang diberi tadi ke JPJ. Ingat, kena inform pihak insuran untuk kuarkan cover note baru masa nak ke JPJ ni. Biasanya sekarang dah online. Kita telepon je Insuran, bila kita nak ke JPJ. Pas tu ambik no kat kaunter. Tunggu jap. Pas tu awek JPJ tu panggil...gi le mengadap. Bagi semua dokumen. Dia tengok2 jeling2...kalau tak banyak songeh lepas le..tapi kekadang siap tanya..apasal nak pakai Turbo?...alamak...suka hati aku le..Pas tu dia pun tukar no enjin kat geran. Tulis tangan je. Yang mahal tu pasal cop JPJ kat sebelah tu.
Dah siap. Jadi buleh le merempit dengan Kancil L5 Turbo tanpa was2 lagi...
Tapi, kalau susah sangat...dan malas nak buat sendiri...upah kat Runner je. Pun kena hati2 pilih runner. Ada yang cakap je lebih, bayo nak mahal. Tapi tak lepas2. Kena cari runner putar alam yang tahu semua pintu JPJ. Depan belakang tepi tengah... Tak cukup sifat pun buleh lepas.. Biasa la...ada fulus...buleh lulus..