Wednesday, July 20, 2011

Panggilan Pulau - Pulau Redang

Sebuah lagi pulau yang telah selamat aku lawati dalam siri jelajah panggilan pulau. Pulau Redang yang terletak di negeri Terangganu..Ganu kite!! Berbekalkan GPS Lokatoo yg diubah mazahab ke Gamin dan Papago...maka sampailah aku ke Jeti Merang. Perjalan dari jeti mengambil masa dalam setengah jam dengan bot barang. Agak laju jugak le... sebenarnya aku tertinggal rombongan. Jadi peserta2 yg lambat ni kena naik 'lori ikang' le..
Rombongan Cik Kiah kami menginap kat Mutiara Redang. Tempat ni memang menarik. Kerana pantainya tidak dikongsi dengan chalet2 lain... kira private leee!! Kalau nak komen pun tentang makan je laa... bukan tak cukup makanan..., makan disediakan 4 kali sehari.. roti dan minuman boleh makan 24 jam. Cuma masakannya kureng sikit le...!!
Aktiviti pantai...main je le sendiri. Aktiviti utama ke Redang ni dah tentu la snookling! Satu hari, 2 kali sesi snookling. Pagi kul 10 dan petang kul 3. Koral kat sini memang antara yang tercantik.
Nak tengok ikan, banyak kat Taman Laut Redang. Penyu pun ada...
Dari segi snookling memang puas sungguh. Walaupun ketika rombongan Cik Kiah ni datang masa ombak agak kuat. Melambung-lambung naik bot...ramai yg termuntah!! Termasuk le pengantin baru...hehehehe!!
Bot nak rapat ke jeti pun agak susah.. Memang adventure sikit le sesi naik dan turun bot.
Setelah 3 hari 2 malam...rombongan Cik Kiah pun pulang!! Alhamdulillah...semuanya selamat.
Akhir kata..memang enjoy. Kepada sesiapa yg tak pernah ke pulau2 Malaysia ni...sila2 le mencuba. Tapi pada yg mabok laut...errr tak payah le!!
(Keluarga rombongan Cik Kiah mandi manda di pantai)

Saturday, July 16, 2011

Lokatoo - 4 dalam 1

Kepada pembeli kereta2 Proton yg versi mahal akan dapat bendaalah ni...GPS Lokatoo dari Proton. Ramai yang dah jual atau lego murah2 pasal nak beralih pada jenama mahal yang lain seperti Garmin atau Papago. Tahu kah anda yg GPS Lokatoo ni sangat2 best pasal boleh ditambah berbagai2 jenis nevigator yg ada kat pasaran. Cuma tambah software aje, kita dah boleh dapat macam2 jenis GPS dalam satu alat ni aje. Asalkan dia pakai OS jenis Win CE ver5 atau 6. Aku dah berjaya masuk 3 lagi GPS dalam alat ni, spt Garmin XT, Papago X5 dan iGo..sementara mengekalkan GPS asal dari Lokatoo... Memang best. Aku nak try malam ni untuk perjalanan aku nak gi Kuala Terangganu. Kalau pakai 4 jenis nevigator tak kan sesat lagi kot...
Nanti aku update best ke tak guna Lokatoo yg dah diupgrade ni..berserta gambo2 sekali...
Untuk pengetahuan.. aku buat DIY aje... buat sendiri....!!

Friday, July 15, 2011

Tanpa Tajuk V0.1

Dah lama tak update...kenapa le kebelakangan ni aku malas betul nak 'memblog' ni. Bukan tak de cerita. Cuma malas nak bercerita.
Kali ni aku nak update satu benda je. Nak ucapkan Selamat Pengantin Baru pada 'anakanda' aku,
Mat Rafiq aka http://pablodeaskoba.blogspot.com/. Ayahanda bagi hanimon kat Pulau Redang. Jumpa di Pulau Redang Ahad ni....
Apa kena mengena gambo2 ni dengan entry aku kali ni?...errr aku pun tak tau. Sekadar gambar hiasan (meminjam kata2 majalah). Sebenarnya ada makna yg tersirat tu...hahahaha!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...