Friday, September 17, 2010

Kembali Berkerja.....

Hari ni aku kembali berkerja...kembali meredah hutan dan bukit. Setelah lebih seminggu beraya sakan. Malasnya rasa nak panjat bukit. Maklum le perut masih penuh dengan kuih raya lagi. Tu pun masa dalam bercuti client dah call banyak kali..tanya bila nak sambung kerja. Aduhai...!!
Tu yang aku malas nak buat projek2 yang tahap panas ni...asyik kena kejar progress je...
Nak raya pun tak aman...!! Boring...boring..!!

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Hari ni umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Setelah selesai berpuasa sebulan. Biasalah pagi raya ni, kita ke masjid solat sunat hari raya. Biasanya aku lepas tu ke kubur, menziarah pusara tok nenek. Kerana raya ni jatuh pada hari jumaat...kena le pulak solat jumaat. Cuma bezanya pagi tadi agak penuh sesak...tengahari ni kurang sikit. Orang dah mula keluar berjalan kot. Hari ni aku tak de program kemana2....so melepak dirumah tunggu tetamu datang.
So mari le datang rumah...ketupat ada lagi...rendang yg aku masak pun banyak lagi..nak rasa rendang aku masak mari le...

Tuesday, September 07, 2010

Oregon 450

Hari ni aku akan berangkat pulang ke JB. Nak raya le katakan. Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal gajet baru aku ni. Baru pun tak sangat laaa... dah dekat 2 bulan dah aku pakai. Ni le dia handheld GPS Garmin Oregon 450. Aku beli ni untuk menggantikan GPS aku yg lama. Yang telah pun direhatkan dari tugas setelah berjaya mengharungi Sungai Pahang. Kali ni Oregon 450 pulak yg menemani aku menjelajahi hutan dan sungai. Sebenarnya benda ni banyak kegunaannya. Kalau dibandingkan dengan Garmin Nuvi yg letak dalam kereta tu, tentulah Oregon 450 ni lebih banyak function dia. Bukan sekadar menunjukkan jalan sahaja. Boleh buat tracking dalam hutan. Jadi tak takut sesat dalam hutan. Ada kompas eletronik...boleh set arah kiblat. Tak de masaalah nak solat dalam hutan. Dan macam-macam lagi le...boleh baca spec kat web Garmin ni.
Dengan adanya bendaalah ni, maka tak sesat le aku nak pulang ke kampung...maklum le jarang2 balik kampung!! Hahahahaha!! Untuk pengetahuan semua, peta untuk GPS ni boleh update free aje kat mana2 forum GPS Garmin. Aku ada 2 set peta untuk unit aku ni...satu peta topo untuk aku menjelajah hutan. Satu lagi peta jalan yang sama macam GPS yang pasang kat kereta tu.
Oklah aku pun dah nak berangkat ke JB. Mungkin lepas raya baru update lagi...so aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kenalan aku, kepada semua pembaca2 blog aku yg tah apa-apa tah ni..kepada member2 yg rajin mengomen post2 aku kat sini.. Selamat Hari Raya semua..Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada apa2 kesalahan aku selama berbloging ni.

Monday, September 06, 2010

Akhirnya...Ramadhan Dah Nak Abis...

Diam tak diam... dah masuk minggu terakhir dah kita berpuasa. Cepat sangat masa berlalu aku rasa. Agak sibuk kerja aku sepanjang Ramadhan ni..!! Nak update blog pun tak sempat. Maklum le dah lama tak melepak depan pc kat opis. Asyik keluar meredah hutan dan bukit. Hari ni hari last aku berkerja sebelum aku cuti panjang sempena Hari Raya. So aku malas nak buat kerja luar. Hari ni aku nak lepak abis2 kat opis je. Tunggu time balik..hehehe!!
Kalau tak de apa aral melintang..esok aku akan berangkat pulang ke JB. Aku tak de buat persiapan apa2 pun. Emmm kereta ok kot. Tak servis pun. Maklum la, lama dah tak jalan. Tu yg malas nak beli kereta baru tu...yg ada pun tak pakai.
Mengimbau kembali kenangan lalu. Masa aku bujang2 dulu, teruja sangat bila nak balik kampung time raya ni. Tiket bas awal2 dah beli...tu jam aku kerja kat Medan Mara, tiket bas kat bawah tu je..siap dah tempah awal2 kat awek kaunter tu. Lagi nak naikkan semangat balik kampung..malam2 terakhir dah dekat nak raya..aku dgn sepupu aku sanggup lepak2 kat Puduraya..tengok orang balik kampung. Patutnya malam2 terakhir tu lepak kat surau!! Ish! ish!
Tapi bila dah tua ni..(tua?).. dah tak de rasa apa2 sangat pun. Tak de pun rasa nak gaduh dgn bini nak balik kampung mana.. Siap aku terlupa pulak yg tahun ni giliran aku balik JB. Kalau bini aku kata, tahun ni balik Pahang pun, aku ingat aku kata ya aje.
Sebenarnya tiap2 tahun aku balik ke dua2 negeri ni...cuma yg mana dulu aje. Tu le rutinnya tiap2 tahun selagi ayahbonda masih ada.
Setakat ni je la aku nak merapu kali ni... Kalau rajin aku update lagi esok lusa... emmm nak cerita pasal gajet yg dibawa balik ke kampung. Gajet apa ye?...handphone baru?..ipod baru..netbook baru?.. apa ye?...tunggu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...