Wednesday, March 31, 2010

F1 di KLCC

Musim F1 datang lagi... kali ni Sepang jadi persinggahan ke 3 musim ni. Dengan peraturan baru, 3 team baru.. kepada peminat2 F1, dah tentulah tertunggu acara ni pada tahun ni. Lebih2 lagi Micheal Schumacher kembali beraksi. Kali ni Petronas selaku pengganjur dan penaja, telah menaja sebuah pasukan baru. Mercedes GP Petronas. Kali ni aku memang langsung tak de dapat tiket free. Tak de la harapan aku nak ke Sepang. Nak beli tiket, emmm mahal tu. Yang murah, duduk atas rumput je.


Nak jugak tengok!! so Petronas pun buat acara Karnival F1 di KLCC. Yang ni free. Dapat tengok dekat2 kereta F1. Bukan replika macam kat dalam shopping Complex tu. Maka aku pun tak lepaskan peluang le. Walaupun hanya team Mercedes GP aje yang ada. Ok le tu...

Kalau tahun2 sebelum ni Petronas taja team BMW Sauber. Tapi kali ni baru dapat tengok Schumacher bawak kereta F1 atas jalan raya depan mata. Masa dia kat Ferarri dulu mana ada. Tengok kat Sepang pun, nampak dari jauh je...

So ni le dia gambar2 yang sempat aku ambik...berpuluh2 lagi yg tak jadi..hahahaha! Walaupun hujan turun renyai2 petang ni...orang tetap ramai. Yang baru keluar opis pun pergi tengok.

Nico Rosberg. Lajunya... hujan2 ni..takut terbabas je..

Nico...tak cukup ruang nak berpusing..

Safety Car pun ada...

Micheal Schumacher buat driff...

Schumacher buat driff lagi...

Kereta F1 dari belakang..lampu merah tu dipasang waktu hujan.

Lajunya menuju ke arah aku...licin jalan tu....suspen aku!!

Schumacher membuat pusingan terakhir...

Sunday, March 28, 2010

Dalam Kegelapan Malam...Earth Hour 2010.

Walaupun kempen tahun ni tak berapa berjaya menarik minat orang ramai...tapi aku tetap cuba tutup lampu..walaupun hanya lampu ruang tamu..hehehe!! So 1 jam tu aku penuhkan dengan menikmati keindahan panorama malam dengan limpahan lampu jalan...!!

Bila kita pandang ke langit...bulan, bintang..luasnya langit dalam kegelapan...maka terdetik dalam hati...Betapa besarnya kebesaran Allah S.W.T. Bertapa kerdilnya kita.

Sesekali syok juga buat photography malam..bermain dengan cahaya... Buat long exposure..sayangnya tak banyak pulak kereta lalu masa tu...

Yang ni kerdipan lampu kapalterbang FireFly(aku agak aje pasal terbang rendah)... Sesekali pandang ke langit waktu malam memang menarik...!!

Monday, March 22, 2010

Aku, Pesta Belon Panas dan DSLR.

Selepas balik dari Pesta Belon Panas di Putrajaya hari tu, aku rasa macam teracun le pulak...
Ni bukan racun tikus, tapi racun tenuk. Tengok masing2 dengan lenses yang canggih2 panjang2 berjuntai dekat sedepa... Aku?? alahai... Masa MC pesta buat pengumuman kepada para pengunjung untuk berikan 200 tiket untuk masuk ambik gambo dari dekat Belon2 Panas tu.. aku try juga le pegi jenguk2...Pandang kiri kanan..masing2 pakai lens telephoto mahal dan canggih. Ada sorang mamat tu..jeling2 tengok kamera aku. Tau le lens dia L siri. Agaknya dalam hati dia kata..."pakai kit lens aje". Ataupun lebih teruk lagi.."Alah..kalau sekadar kit lens tak payah le susah2 beratur ambik tiket." Untuk menyedapkan hati aku..suka hati aku le nak pakai apa pun...hehehe! So balik tu...mula le berangan..kalau tangkap L siri pun best tu.. Tapi alamak, lens jenis tu bukan murah... boleh beli sebuah lagi moto LC aku... So alternetifnya...kena cari yg third party la...murah sikit.. Antara telephoto zoom yang murah dan cantik dah tentu le jenis Sigma. Harganya buleh le tercapai akal aku. Antara yg termasuk wishlist aku adalah Sigma 70-200 f/2.8 II EX DG Macro HSM....perhhh cun kalau dapat.
Aku dah test dah masa lepak2 kat kedai kamera Lok Yat. Memang menggancam. Fast lens tu...kalau pegi F1 bulan depan senang2 je nak snap keta Schumacher ke Alonso ke... Tapi harganya pun cun jugak... boleh keluar moto Modenas sebiji. Sabau je la.
Akhirnya yang ini lebih realistik..Sigma 70-300mm f/4-5.6 APO DG Macro. Harganya bawah RM 800. Rasanya sesuai sangat le dengan bajet aku yang ciput ni. Review dari orang2 yang dah pakai pun kata ok je laa...tak le best sangat tapi boleh laa dari tak de.
Candid Dari Pesta Belon Panas Putrajaya 2010.
Seterusnya gambar2 candid yang aku ambik sekitar tapak pesta...pakai lens murah je beb!!

Tumpang shoot amoi ni...dia tengah posing untuk bopren dia..hehehe!!

Sekali lagi aku tumpang sibuk...Abis tu tak de orang nak jadi model aku..

Yang ni pun sama jugak... kalau ada telephoto zoom, lagi rapat boleh shoot.

Ni masa sibuk2 nak ambik tiket free...kat kaunter Urusetia Pesta.

Ni lagi kes tumpang sekaki... aku main shoot je... amoi ni tengah posing untuk kawan dia.
Last untuk edisi kali ni...nampak rangup je... ini dipanggil edisi cuci mata. Oittt..cukup2 le tu.

Friday, March 19, 2010

Pesta Belon Panas Putrajaya

Cuti sekolah datang lagi. Kali ni aku tak pergi jauh. Pasal anak aku yang sulung ada tusyen. Maklum le nak ambik PMR ujung tahun ni. Jadi cuti sekolah ni jalan dekat2 je.

Kali ni aku ke Putrajaya(lagi?). Nak tengok Pesta Belon Panas kononnya yang berlangsung buat kali keduanya. Aku pergi sesi petang. Mengikut aturcaranya, belon panas akan dinaikan pukul 5.30 petang..sampai le ke malam. Tahun ni masa dilanjutkan hingga kul 9.00 malam. Petang agak redup sikit. Kalau sesi pagi dah tentu le panas.

Tapi cuaca petang ni agak mendung dan berangin. Aku tengok ramainya yang bawak DSLR. Dengan lenses yang mahal2 dan panjang2. Segan pulak aku nak keluar kemera aku. Pakai lens murah je pulak tu. Sebenarnya ada diberi tiket percuma kepada 200 orang fotografer untuk mengambil gambar belon panas dinaikan dari dekat. Aku teringin jugak nak ambil tiket tu...tapi..... Pertama malu pasal kemera pakai lens murah je...kedua..aku kena jaga anak...so camno nak ambik gambo...ambik dari luar pagar pun jadi laa.

Tunggu punya tunggu...belon panas tak naik2 lagi...katanya cuaca kurang elok. So kena le tunggu lagi...

Last2 aku and famili jalan2 kat tepi tasik je...menikmati pemandangan tasik waktu petang..
Ramai la member2 fotografer yang tengah outing shoot model le..pemandangan le...
Aku pun tumpang sekaki le..


Puas juga tunggu....belon panas tak naik2 jugak. Jam dah pukul 6.30 dah....

Penat dah melayan kerenah anak bungsu aku ni...

Akhirnya...belon pun dipanaskan...masa tu aku jauh ditepi tasik dah. So ingat nak le pegi dekat2
nak tengok. Aku pun beransur2 le ke tapak menaikkan belon panas.

Baru nak sampai dekat dah dengar pengumuman, Belon Panas tak jadi dinaikkan kerana cuaca tidak mengizinkan...maka tak dapat le aku nak tengok belon panas diudara.

Hari pun nak senja...so balik je laa...

Errr...part two..Candid di pesta belon panas Putrajaya akan menyusul....tunggu.....!!!

Wednesday, March 10, 2010

Deep Purple

Kali ni aku nak cerita pasal band yang klasik ni... Deep Purple. Sapa yang tak kenal Deep Purple kan!!Aku mula belajar dengar lagu2 Deep Purple di sekitar awal 80an. Masa tu tak tau pun album apa. Dengarkeset lagu campur2 dari album2 70an dulu. Antara lagu yang memperkenalkan aku pada DP ni...adalahlagu Soldier of Fortune. Lagu di era David Coverdale. Dulu aku pun tak tau lagu ni dari album mana.Main dengar je...Maklum le dulu2 cetak rompak. Jarang ada album penuh. Kebanyakannya lagu campur2.Lepas tu baru belajar dengar lagu2 yg heavy sikit dari DP ni...baru le kenal Higway Star, Smoke On the Water,Tapi lagu lama DP ni yg paling aku layan...lagu Child In Time. Dari album Deep Purple In Rock tahun 1970.Panjang lagu ni...ada 10 minit kot. Rasa macam tak abis2...

Selepas tahun 1975, DP tak de lagi album studio. Kemudian pada tahun 1984 DP muncul semula dengan album studio terbaru ketika tu. Dibarisi ahli2 klasik yg dikenali dgn Mark 11. Memang teruja le nak dengar DP baru.Perfect Strangers. Kalau tak salah aku, aku beli keset Perfect Strangers selepas aku beli Love At The First Stings. Antara keset2 rock full album terawal yang aku beli. Dah tentu le masa tu keset lanun. Lagipun 1985 aku baru belajar nak berjinak2 dgn rock keras.(Masa tu masih syok layan Duran2, Tears For Fears, A-Ha...dll).Walaupun lagu2 DP yang 70an aku minat jugak...tapi bukan sezaman dgn aku. So album Perfect Strangers memang menarik pada aku, kerana keluar masa sezaman dgn aku.(Kira semasa laa). Kerana keset2 aku telah pun punah, jadi aku simpan la CD The Best Of Deep Purple In The 80's ni...keluaran 1991.

Ada 11 track semuanya dalam album ni. Kompilasi lagu2 dari album2 80an, termasuk lagu2 lama 70an yang dirakam semula dari album Nobody Perfect.
Nota: Tanpa aku sedari, aku ada 2 copy CD ni. So ada sapa2 berminat...boleh le aku tukar suka sama suka dgn CD lain. Ada yang berminat ke?


Wednesday, March 03, 2010

Bokeh!!

Malam semalam, maka terjadilah pertemuan newbies2 fotografer. Pertemuan di Bangi Kopitiam, menjadi medan para amatur bertukar2 pandangan dan apa yang tahu serba sedikit pasal fotografi. Matlamat utama untuk lebih mahir menggunakan DSLR. Jangan pakai program2.. go manual..!! That's what DSLR for...

Antara teknik yang dibincangkan adalah "Bokeh'. Apa tu bokeh?..malas aku nak taip dan cerita panjang2. Semuanya boleh dibaca di sini. So ni le hasilnya... amacam ok tak?

Lepas ni aku nak buat bokeh bentuk hati ke, bentuk bintang ke.. apa2 je lah... Nanti aku akan share hasilnya..

Seterusnya..aku nak buat outing ke air terjun le pulak...nampaknya ada yg berminat. Nak cuba belajar teknik ambik gambo air terjun. Kepada sesiapa yg nak join, kena bawak tripod sendiri...tak main pinjam2 la..

p/s: Bangi Kopitiam tu di Rawang. Jauh dari Bangi....


Tuesday, March 02, 2010

Sepetang Diatas Bukit.

Kali ni kerja aku membawa aku ke Kuala Selangor. Destinasinya adalah pesisiran pantai yang berpaya bakau. Tak banyak pantai disebelah pantai barat yang punya pasir yang cantik2 macam pantai timur. Kali ni kerja aku perlu menggunakan bot. Air pasang mula pukul 2.00 pm. Baru bot kat jeti boleh keluar ke muara. Sementara menunggu bot boleh keluar, aku pun lepak2 le kat Bukit Melawati. Dari atas bukit ni...boleh nampak le Selat Melaka. Tapi cuaca berjerebu...tak nampak le sangat.
Crew2 aku yg 'handsome'...hehehe!
Aku pun tak lepaskan peluang, terus ambik gambo. Gambo Selat Melaka tak berapa cantik...nampak putih je..pasal cuaca berjerebu.... so aku lebih teruja nak ambik gambo penghuni Bukit Melawati ni...iaitu sang monyet.

Meriam dan monyet...

Posing mengancam

Ekeleh mamat ni...nak buat baik dgn aku pulak...

Ni aksi yoga kot...

Tak kan datang saje je...mana makanan?


Keluarga bahagia..Bapak,Mak dan Anak...

Satu lagi posing maut..

Rumahku syurga ku..pokok ku..

Makan burger gua ari ni....

Mintak sikit...

Errr... seterusnya aku gi buat kerja laa... Kalau boss tau, wah sedapnya bebudak ni berfoya2..
Alah boss..asyik kerja je...bila nak gi melancong lak ni?...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...