Saturday, February 27, 2010

Zombieland

Ini sebahagian dari projek pembangunan yang tidak menjadi. Satu pelaburan yang merugikan kepada pembeli2. Apa boleh buat. Kalau tersilap membuat pelaburan...ni le jadinya.

Sapa yang nak disalahkan?...Pemaju? Kerajaan?..Entah la...Lu pikir la sendiri...

Najib pernah meninjau kesini atas program Juara Rakyat. So apa yang boleh dilakukan? Tengok aje la.

Semuanya terbiar....nasib baik tak de zombie yang tumpang tinggal kat sini....

Cuma lembu2 aje buat tempat lepak. Kalau malam2 aku pun tak berani nak gi sini sesorang. Alangkan waktu siang pun seram je. Bunyi pintu2 kat dalam bangunan ditiup angin...menambahkan lagi suspen...



Tuesday, February 23, 2010

Dari Kuantan ke Putrajaya

Agak sibuk aku sepanjang minggu ni...tak berkesempatan nak cerita pasal cuti CNY yang lalu.
Tak kisah le kalau dah terlambat. Yang penting aku tetap nak cerita...errrr nak upload gambo sekitar percutian aku. Aku bermula cuti di Pahang. Lebih tepat lagi Jerantut le..rumah Pak mertua. Pas tu baru ke Kuantan. Ada kenduri sebenarnya...kemudian baru jalan-jalan bercuti.

Pantai Teluk Cempedak...padat tu!!
Pantai pertama persinggahan aku adalah Teluk Cempedak. Walaupun tak de goreng cempedak, orang punya la ramai...nak parking pun susah. So tengok orang je laa...


Redup petang di Teluk Cempedak

Persinggahan seterusnya, pantai Cherating. Pantai tak sesak la..Tapi ramai jugak le penggunjung. Parking penuh jugak. Nak selisih kereta pun payah...maklum le jalan ke pantai agak sempit. Masa tu cuaca agak panas, so tengok2 gitu je laa...

Pantai Cherating

Pantai luas..tak le sesak sangat

Seterusnya aku pulang ke KL. Hari terakhir cuti aku ronda2 Putrajaya. Konon nak naik bot keliling tasik...rupanya penuh!! Ramai betul pelancong luar. Bagi diaorang laa...aku lain kali pun boleh lagi. Dia orang ni datang dari jauh..bagi diaorang dulu laaa..
Putrajaya...Pejabat PM

Masjid....tempat wajib lawat kalau ke Putrajaya
Bestnya Putrajaya ni tak macam KL masa cuti. Pasal kat sini tak de bangla berkeliaran macam kat KLCC. Dah rasa duduk Bangla la pulak. Kat sini kalau pelancong asing...memang pelancong betul2. Naik bas pelancong. Aku rasa bangla tak tau kot nak naik bas apa nak datang Putrajaya. Tu pasal puak2 tu tak sampai sini.(termasuk la Myanmar, Napel, Viatnam dan sewaktu dengannya)
Yang ni aku upload khas untuk Portdy

Yang ni pun jugak...
Nanti kalau aku dah ada lens 70-300mm, lagi banyak aku tangkap gambo candid.
Dibawah masjid Putrajaya...sunyi...creepy...

Pelancong tah dari mana pun aku tak tau

Tasik Putrajaya...nak naik bot tak kesampaian

Jambatan dari kejauhan

Lagi kombinasi tasik dan jambatan

Cuaca agak panas...so balik je la..

Thursday, February 11, 2010

Blaze Of Glory

Aku punggah2 bilik stor. Terjumpa pulak CD lama ni... Lama dah tak dengar/tengok. Lupa dah yg aku ada CD ni. Apa lagi, terus tangkap kamera, ambik gambo le...lighting tak cantik, so ni je la yang jadi. Ini adalah album solo Jon Bon Jovi. Runut bunyi(sound track) dari filem Young Guns II. Diterbitkan pada 1990. Semua lagu dicipta oleh Jon sendiri. Ada 11 buah lagu.. Dan sudah tentu lagu paling berhantu ialah Blaze of Glory. Aku suka album ni, lagu2 ala2 koboi gitu... Tak berapa country & westren pun. Tapi koboi rock laa....

Lagu Blaze of Glory ni, bass dimainkan oleh Randy Jackson(judge American Idol), guitar solo oleh Jeff Beck..(pehhh rangup). Acoustic guitar oleh Aldo Nova (aku tak kenal). Dan Jon sendiri main 12 string acoustic guitar. Sesiapa peminat tegar Jon Bon Jovi patut ada album ni. Errr..filem Young Guns II ni aku tak ingat la... Tapi dibarisi ramai hero2 popular pada zaman penghujung 80's. Macam Emilio Estevez, Kiefer Sutherland(siri 24), Lou Daimond Phillips (La Bamba), Christian Slater(hero popular 80an) dan ramai lagi le...yg lain aku tak berapa kenal.
Nanti le aku sedut balik cerita ni..boleh tengok semula. Sementara tu, layan lagu2 dlm album ni aje laa...Blaze Of Glory!!!!!

Monday, February 08, 2010

Cuba Test Try.....

Biasa la, bila dapat benda baru ni...memang teruja yang amat sangat. Macam2 benda aku tangkap gambo... Test skill fotografi aku. Main2 dengan function 500D ni.. ada jadi ada tak jadi.

Tak pasal2 anak kucing aku jadi model. Kat sini aku test depth of field. Dengan kit lens 15-55mm, tu je le hasilnya.. boleh ke?

Ni hero aku tengah main air...tak berapa jadi DOF yang aku buat. Tapi ada le sikit2... Kena belajar lagi ni...

Baik punya posing hero aku ni. Dengan f4.5 tak berapa blur latarbelakang tu. Memang kena cari lens lain le pulak. Nanti lepas ni aku upload landscape le pulak...wildlife ke... nanti le kalau ada masa.


Saturday, February 06, 2010

My New Toy!!

Akhirnya... Dapat jugak aku tangkap sebuah kamera DSLR. Ini lah dia Canon EOS 500D. Akhirnya aku pilih Canon. Kenapa? entahlah...aku pun tak boleh nak beri jawapan yang tepat. Mungkin kena racun baik punya dari member2 kem Canon. Untuk member2 kem Nikon, sorry guys!! racun korang tak berapa power... Dengan berat hati aku beraleh kem dari Nikon ke Canon. Apa yang menariknya EOS 500D ni? Pada asasnya, sama je dgn DSLR yang sekelas dengannya. Dari segi AF point, Canon memang kurang dari Nikon. Biasalah...ada pro dan contranya... Dari segi Megapixel...15, berbanding 12 pada Nikon. Tapi sensor DSLR besar...tak bawak banyak beza pun. Cuma sejak akhir2 ni, member2 pemilik Canon promosi abis2an kat aku. Diberi macam 'test drive' dgn EOS 450D. Jadi aku dah serasi pulak dengan menu dan setting Canon. Satu kelebihan 500D ni, buleh tangkap video full HD. Yang tak de pada kamera yang sekelas dengannya.

Kerana bajet terhad, aku cuma ambik basic set aje. Dengan harga bawah RM2.9k, aku dapat bag free, memori kad 8gb, UV filter.....apa lagi?..tu je laa... banyak cekadak nak mintak macam2. Target aku lepas ni nak tangkap lens pulak. Pasal kit lens yang datang dgn kamera ni terlalu basic sangat. Mungkin aku nak tangkap 50mm f1.8 II. Paling murah dalam koleksi Lens Canon. Tapi menghasilkan gambar yg menarik. Dgn f1.8, cukup menarik untuk DOF dan bokeh. (apa bendaalah ni?..Lain kali aku terangkan). Dan satu lagi lens EF 70-300mm, sesuai sangat untuk skodeng...huhuhuhu!!

Buat masa ni, setakat ni je la test shot yang aku dapat buat. Belum test dengan penuh teknikal lagi. Bagi aku mesera dulu dengan EOS 500D ni dulu.

Lepas ni aku akan buat experiment dgn low light pulak... Tu yang nak tangkap lens 50mm tu. Tripod kena ada oiii...lupa pulak. hehehehe!!!



Wednesday, February 03, 2010

Kembara Hutan Simpan.

Hari ni aku masuk hutan lagi. Bukan ekspedisi 4x4, atau main mountain bike ke, motocross ke, tapi tugas aku. Seronok jugak lepak2 dalam hutan ni.

Tenang je suasana. Aman damai je keadaan sekeliling. Memang seronok untuk melapangkan fikiran. Kalau kat opis, macam2 masaalah. Ini le masanya aku dapat relex2. Tengok keindahan alam semulajadi.


Sementara aku duduk2 menunggu masa mencerap GPS, aku tangkap le beberapa keping gambo dgn hanpon aku. Hutan ni cantik, tapi kemera hanpon aku yang tak cantik. Kalau ada DSLR dah tentu lokasi ni jadi tempat aku test gambo landscape.


p/s: Lokasi hutan ni di belakang Zoo Negara.



Monday, February 01, 2010

Setelah Berlalu.....

Pagi ni keadaan seperti sediakala....Keadaan jalanraya agak lengang. Hari ni KL cuti. Aku kat Selangor, kena le kerja. Batu Caves dah kembali 'aman'. Dah Kembali 'cerah'. Cuma seperti tiap2 tahun...masaalah yang sama. Sampah sarap bersepah-sepah. Pagi ni aku tengok pekerja2 Alam Flora bertungkus-lumus mengutip sampah. Aku jengah dari tingkap tadi(dalam gambo), nampak dah clear laa. Cuma bau kelapa basi masih lagi merewang di ruang angkasa.
Itu lah dia Batu Caves. Yang menjadi tumpuan dunia setiap tahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...