Wednesday, September 30, 2009

Aku Kembali.....

Sekejap je berlalu...sibuk2 puasa...dah raya.. ni dah berlalu semuanya. Dah kembali meneruskan kerja2 seharian. Cuma sepanjang bulan Syawal ni banyak le rumah terbuka dan opis terbuka mengundang untuk dikunjungi. Tentu ramai yang balik kampung cuti raya yg lalu. Yang perantau macam aku ni, memang le tiap2 tahun raya balik kampung. Kat radio pun dekat2 nak raya tu, selalu pasang lagu Allahyarham Sudirman- Balik Kampung. Kali ni aku nak cerita pasal lagu ni.

Lagu Balik Kampung ni termuat dalam album Lagu Dari Sebuah Bilik, keratan ke 4 side B yang dikeluarkan tahun 1984 oleh EMI. Sudirman memang terkenal dengan album berkonsep. Konsep kampung, bandar, petrotik dan macam2 le. Album ni lebih kepada konsep mengenal diri sendiri. Lagu Balik Kampung ni ciptaan Sudirman sendiri. Mengikut apa yang aku ingat, apa yang Sudirman ceritakan, lagu ni menceritakan kegembiraan dia nak pulang ke kampung masa cuti semestar, masa dia belajar kat UM dulu. Tu sebab tak de pun sebut pasal raya dalam lirik lagu ni. Tapi tah macam-mana tetiba lagu ni jadi tema raya. Aku pun tak tau bila lagu ni dinaik taraf jadi lagu raya sehingga salah kalau DJ radio pasang masa tak raya. Sebenarnya lagu ni tak de kena mengena dengan raya pun. Cuma menceritakan keseronokan nak balik kampung masa cuti sekolah ke, cuti raya ke.. atau bila2 cuti panjang le... So tak salah le kalau pasang masa hari2 biasa.

Nota: Sumber dari ingatan aku masa baca URTV sewaktu waktu dahulu. Masa tu Sudirman ada ruangan dalam URTV. Dan selalu dia lukis kartun.

Wednesday, September 16, 2009

Raya Dah Dekat...

Cepatnya rasa Ramadhan hampir berlalu. Tup-tup dah minggu terakhir puasa. Tinggal beberapa hari je lagi nak raya. Surau2 pun dah mula kosong. Dulu ada 8 saf, ni dah tinggal 3 je.. Patutnya kita makin kuat ibadah 10 hari atau malam yang terakhir ni. Kan kat situ dijanjikan Lailatul Qadar. Habis nak wat camana...rasa nak beraya lagi kuat. Hari ni bebudak opis aku menghias dinding opis dgn kad raya. Terasa le suasana nak raya... Opis sebelah aku(MTD) kata tol free nak ke pantai timur. Malam tadi conform kat berita TV. Memang free jumaat ni. tapi dari 12 malam sampai 5 pagi je..macam tak ikhlas je nak bagi. Kalau nak bagi free..bagi le siang-siang. Plus pulak bagi potongan 20%. Pun waktu malam jugak. Nama pun Plus(campur)...takkan tolak pulak. begitulah.....
Opis aku mula cuti Jumaat ni. Seminggu. Memang disuruh cuti seminggu. Ambik cuti masing2. Pasal kalau datang pun hari rabu ke, khamis minggu depan ke.. tak wat kerja gak. Mood raya le katakan. Buat banyakkan karan opis je. Bos bab jimat2 ni memang suka. So daripada ngabiskan karan, baik cuti seminggu.
Aku pun Insyaallah, akan pulang ke kampung Jumaat ni..jalan dah tentu jem. Kereta dah ready, Smart tac dah top-up. alahhh redah je laaa...

Friday, September 11, 2009

Duit Raya

Dah dekat nak raya ni, ramai le yang rajin gi tukar duit kat bank untuk buat duit raya. Nak bagi kat bebudak yang datang rumah atau nak bagi kat anak buah masa balik kampung nanti. Kalau tukar duit kat bank tu, memang siap mintak sampul angpau sekali...Lain bank lain rupa dan corak sampul tu. Sebenarnya bagi duit raya ni, atau lebih tepat kalau kita kata bersedekah lebih afdal dibuat dalam bulan Ramadhan ni. So kalau nak bagi, bagi le sebelum raya... Tapi bukan pasal tu yang aku nak cerita...nak cerita duit2 yang tak patut di beri untuk duit raya...

Antaranya duit RM50 ni...bukan kerana nilai dia 50 henggit, tapi pasal rupa duit tu. Cuba tengok betul2 duit tu sebelah kanan. Dipotong ngam2 dekat tulisan 50 henggit tu. Ni dinamakan duit cacat. Pagi pengemar koleksi duit2 cam ni...duit ni berharga tu...so kalau ada tu..simpan je laa..

Seterusnya...duit RM50 jugak...duit2 nilai lain pun ada...ni contoh je...tengok sain gabnor tu..kat tepi kan?..So ni kira rare le. Cuba check dalam poket. Tengok duit masing2. Ada tak yang sain kat tepi tu?..Ada???..Kalau ada simpan le...ada pengemar koleksi duit sanggup tawarkan harga yg tinggi untuk duit jenis ni...so jangan buat duit raya.

Haa..yg ni. Dah tak de dalam pasaran. Setahu aku ada 4 edisi duit ni. Yang aku ada ni first edisi. Tengok nombor singgit kat sudut kiri bawah tu...sign dolar lagi, belum RM.

Yang ni 3rd edition. Tengok tulisan singgit kat sudut kiri bawah tu...no 1 hinggit tu tak nampak jelas dalam bulatan tu.

Yang ni pun dah tak de dalam pasaran...Masih pakai simbol dolar. Sekarang duit 5 hinggit dah plastik dah. Tak de yg kertas. Kalau ada tu simpan2 le. Jangan buat duit raya.

Yang ni duit syiling singgit. Semuanya keluaran Khas. Pun tak sesuai buat duit raya.

Yang ni pulak duit 2 hinggit. Dah ditarik dari pasaran. Kalau ada tu simpan2 le buat kenang kenangan.

Haaa.. yang ni lagi tak buleh buat duit raya. Sekeping ada 3 hinggit. Ni namanya duit uncut. Pernah jumpa tak duit cam ni?...
Sebenarnya banyak lagi. Tapi tu je la sebahagian duit2 yg tak releven nak bagi buat duit raya.

Tuesday, September 08, 2009

Pancit Lagi!!

Pagi ni, isteri aku nak pergi kerja...tetiba masuk rumah balik. 'Kereta Kancil pancit lagi...' Apahal laaa...pancit lagi. Nasib baik ada satu kereta lagi. 'Awak bawak le kereta satu lagi, takkan nak tukar tayar pepagi buta ni..' kata aku. Masa tu pukul 6.10 pagi...Baru mula puasa dah nak kena tukar tayar...adussss...
Sebenarnya ni kali kedua tayar kancil aku pancit (atau dipancitkan) dalam bulan Ramadhan ni.. yg pertama dulu, dua2 belah tayar belakang...lagi sengal..!! Kali ni sebelah kiri belakang je. Kejadian ni bukan yang ni je...Kesemuanya seingat aku dah 6 kali termasuk 2 kali bulan puasa ni. Bila aku pam tayar tu, tak de pulak bocor. Yang aku pelik dua2 tayar belakang je yg selalu kena. Sapa le yang mendajal ni. Ada sekali kejadian tu, isteri aku tak perasan tayar tu pancit. Maklum le pompuan dan lagi pun dia kuar kerja pepagi (6.10 pagi biasanya) mana nak perasan. Dah jalan jauh, nasib baik baru lebih kurang 5 km dari rumah..tayar pun pecah. Dia telepon pepagi tu, kena le aku gi tukar kereta, bawak kereta satu lagi hantar kat dia, Kancil aku tukar tayar spare dan bawak balik. Korang boleh bayang le tukar tayar dalam gelap kul 6.30 pagi, tepi jalan yg tak de lampu jalan. Bahaya tuuu!!
Pagi tadi pun 6.30 pagi tukar tayar. Nasib baik depan rumah. Kena tukar pagi ni jugak, kalau tak payah le nak hantar anak aku gi sekolah.

Ingat nak pakai tayar camni je...baru le tak buleh pancit

Yang aku muskil tu, sapa le punya angkara agak nya. Memang Kancil aku parking kat luar, pasal kat dalam dah penuh dengan kereta satu lagi dan motor aku. Rasa2 aku kena pasang CC TV jugak kalau camni...

Monday, September 07, 2009

Renungan Ketika Berbuka Puasa.

Kenapalah bulan puasa ni aku malas nak menulis...Dah lebih setengah bulan Ramadhan kita harungi...Hari ni negeriku cuti Nuzul Quraan. Duk rumah tak buat apa pagi ni, so baca e-mail...aku tertarik pada 1 e-mail yg dihantar oleh seorang sahabat. Begini ceritanya:-

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:
“Mana emak? “
“Mak pergi menoreh,” jawabnya.
“Mana bapak?”
“Bapak pergi kerja…”
“Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?” Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
“Adik ini sayalah yang jaga.” Jawab budak berkenaan.
“Awak ada berapa orang adik-beradik?”
“Sepuluh.”
“Adik ni yang ke berapa?”
“Saya yang kelapan.”
“Mana abang-abang kamu pergi?”
“Tolong emak menoreh.”
“Adik puasa hari ini?”
“Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari…” Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi “Adik bersekolah dimana?”
“Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..”.
“Bapak kerja apa?”
“Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa “.
Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit “Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!”.
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
“Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah pakcik..”
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.
Dia berkata “Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat.”
Aku bertanya lagi “Upah menoreh berapa makcik dapat?”
“Cuma RM3.00 sehari.”
“Ayahnya bekerja macam mana”
“Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari.”
Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya “TAK SEDAP”?
Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.
************************************************************************************
Ulasan
Mungkin sebahagian besar daripada kita selalu mendengar kisah-kisah sebegini atau pun mungkin telah membaca kisah ini sebelum ini. Hatta kita pun tidak tahu mungkin kisah ini hanyalah rekaan semata-mata atau pun sesuatu yang benar-benar terjadi di dalam masyarakat kita. Persoalannya di sini kita melihat bagaimana tanggungjawab berpuasa itu yang telah diwajibkan ke atas setiap muslim untuk menunaikannya.
Tidak kira samada seseorang itu miskin atau kaya, ianya wajib dilaksana. Dan bagi mereka yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak sebagaimana yang telah dijelaskan oleh RasululLah saw.
Di tempat kita mungkin kisah seperti di atas jarang berlaku kerana umum mengetahui Malaysia merupakan lubuk rezeki bagi sesetengah orang.Tetapi bagaimana dengan keadaan masyarakat muslim di luar Maalaysia? Mungkin ianya terjadi di Kemboja , Sri Lanka , Vietnam dan lain-lain tempat.
Hatta di zaman khalifah yang empat dulu pun berlaku di mana seorang ibu hanya memasak beberapa ketul batu untuk memujuk anak-anaknya. Jadi sama-samalah kita mengambil pengajaran dari kisah ini untuk sama-sama menderma lebihan dari harta kita kepada mereka yang kurang bernasib baik. Sesungguhnya pahala untuk mereka yang bersedekah di dalam bulan Ramadhan ini amat tinggi nilainya.
Bersempena bulan Ramadhan 1430H ini, sama-samalah kita bersedekah dan ajaklah saudara-saudara kita untuk sama-sama turut serta. InsyaAllah hasilnya akan kita perolehi di akhirat nanti.
Jangan lepaskan peluang-peluang beramal di depan anda berlalu begitu sahaja, raihlah sebanyak mungkin pahala sementara Ramadhan masih ada….

Friday, September 04, 2009

Aduhai Kotak Givi Ku....

Sebenarnya aku baru je pasang kotak kat motor aku. Senang le sikit nak bawak baju kebal kalis hujan aku. Maklumlah petang2 musim ni...selalu hujan. Kotak ni pun dapat free je. Masa balik JB minggu lepas aku tengok2 dalam stor rumah bapak aku...eh ada kotak Givi pulak. Bapak aku dah tak pakai, so aku pun mintak je laa. Sebelum ni malas nak pasang...pasal tak balance le kalau nak merempit. Tapi sekarang ni, kira keperluan le, kan senang nak bawak barang. Peduli apa kekawan kutuk kata motor orang tua.. Dah tu, aku pun bukan muda sangat pun lagi...huhuhu..
Nak dijadikan cerita...kejadian ni berlaku pagi semalam. Tengah aku sedap2 merempit..tetiba kotak Givi aku buleh tertanggal dari racknya.... berdentum jatuh ke jalan...adus.. nasib baik masih kat jalan dalam lagi. Belum sampai jalan utama lagi...kalau tak dah tentu kotak aku hancur berkecai disapu kereta... Bayangkan le masa tu, aku berhenti tepi jalan mengutip kotak aku kat tengah jalan. Nasib baik kereta tak banyak. Mat2 motor yg lalu semua senyum kambing je kat aku...hehehe..nasib baik tak de yg kenal. Kalau tak abis aku kena kutuk!!!
Camana buleh tanggal?...tu le aku ingat dah lock betul2. Rupanya, tak masuk betul2. Nasib baik Kotak GiVi...kalau cap ayam, lama dah berkecai...hehehe..
**********************************************************************************

Ingat nak rebiu Air Katira untuk Takilala...tapi masa balik JB hari tu terlupa la nak ambik gambo. Rebiu tanpa gambo tak gempak le.. Kat KL setakat ni, tak terjumpa lak air Katira ni..aku balik JB je ada air ni...tu pun kat bazar Ramadhan. Suruh Berteromber je la rebiu...Katira Ulu Tiram Pressing!!!

Wednesday, September 02, 2009

Cara Endos Tukar Enjin-Kes Kancil 850 Ke 660 L5 Turbo.

Bebulan puasa ni malas aku nak rebiu CD Rock. So aku nak bawak tajuk cara2 nak endos enjin bila buat tukar enjin. Dalam kes aku ni, tukar enjin Kancil 850 ke L5 660 Turbo. Mengikut atas kertas memang senang je. Tapi bila buat..adoiii...macam2 masaalah. Ok..aku cerita bab prosedur dulu...ni aku cerita pasal Kancil..kalau 2.0 turbo nak masuk Wira 1.5 tu..kes lain..setahu aku sekarang dah tak boleh. Memula beli enjin dulu laa..Cari le kat halfcut...cari yang cantik sikit, rega mahu murah!! Jangan lupa minak resit dan surat kastam. Dalam kes aku..aku beli enjin L5 Turbo, harga RM2400. Enjin pasang dulu laa...siap pasang lenjan abis2...testing ok ke tak enjin tu..Kalau tak ok, tukar lain le... Kalau semua dah ok. Baru masuk fasa 2, nak endos enjin kat JPJ.

Ni bab yg rumit sikit. sikit je...tapi kalau ikut peraturan, senang je. Tapi camana pun tak leh siap 1 hari.. Bahan2 yang perlu ada untuk endos enjin adalah seperti ni...
Dokumen yg wajib ada:
1. Borang Pemberitahuan Tukar Enjin
2. Gran Pendaftaran Asal.
3. Resit Pembelian Enjin yang Asal
4. Surat Kastam K2 yang Disahkan.(Dapat dari kedai beli enjin)
5. Insuran Baru
6. Surat Pelepasan Dari Bank(kalau masih dalam hutang)
Dokumen2 ni kena buat dalam 4 salinan. Setelah cukup kertas kerja, mula le kerja2 di lapangan.

Dokumen2 diatas hendaklah dikemukakan ke Bahagian Taknik JPJ kat Putrajaya. Pada yang duduk diluar Selangor, boleh pos aje. Kalau rajin godeh kat Aras 2 Block D Putrajaya tu, cepat le siap surat sokongan kawalselia JPJ tu. Kalau malas, dok tunggu je, dalam masa 2 minggu kuar le surat tu.

Lepas dapat surat tu dan dokumen2 tadi, kena le pegi Puspakom. Jangan gi Puspanita lak. Surat kelulusan kawalselia JPJ ni berjangka hayat selama 6 bulan je. So kena bawak kereta untuk inspeksen dalam jangkamasa tu kat Puspakom. Kena bayo RM60 kat Puspakom. Kalau tak de masaalah, kereta standard modified, memang senang lepas. Puspakom akan keluarkan surat kelulusan untuk endos no enjin baru kat JPJ. Jangka hayat surat ni pulak adalah 3 bulan. So jangan tunggu lama2 bila dah lulus. Gi JPJ cepat2.

Ok sekarang tinggal kes nak endos no enjin baru kat Geran je. Bawak semua dokumen yang diberi tadi ke JPJ. Ingat, kena inform pihak insuran untuk kuarkan cover note baru masa nak ke JPJ ni. Biasanya sekarang dah online. Kita telepon je Insuran, bila kita nak ke JPJ. Pas tu ambik no kat kaunter. Tunggu jap. Pas tu awek JPJ tu panggil...gi le mengadap. Bagi semua dokumen. Dia tengok2 jeling2...kalau tak banyak songeh lepas le..tapi kekadang siap tanya..apasal nak pakai Turbo?...alamak...suka hati aku le..Pas tu dia pun tukar no enjin kat geran. Tulis tangan je. Yang mahal tu pasal cop JPJ kat sebelah tu.

Dah siap. Jadi buleh le merempit dengan Kancil L5 Turbo tanpa was2 lagi...

Tapi, kalau susah sangat...dan malas nak buat sendiri...upah kat Runner je. Pun kena hati2 pilih runner. Ada yang cakap je lebih, bayo nak mahal. Tapi tak lepas2. Kena cari runner putar alam yang tahu semua pintu JPJ. Depan belakang tepi tengah... Tak cukup sifat pun buleh lepas.. Biasa la...ada fulus...buleh lulus..

Tuesday, September 01, 2009

RON 97 Atau RON 95

Seperti diketahui mulai 1 September 2009, harga minyak (RON 97) naik lagi sebanyak 25sen. Dengan itu kerajaan memperkenalkan minyak RON 95 dengan harga RM1.80 seliter. Apakah beza RON95 dan RON97?... Aku yang tak arif pasal penyelidikan gred minyak ni tak le tau sangat. Tapi aku dah cuba le kedua2 jenis minyak ni kat motor aku. Tak le ada beza sangat. Tak tau le kalau kat kereta. Research Octane Number atau RON ni setahu aku untuk ukuran ketahanan bahan api dari engine knocking. Secara senangnya makin tinggi nombor RON makin tinggi rintangan pada engine knocking. Dari segi prestasi injin...tak tau le sejauh mana bezanya.
So tepuk poket tengok wallet...nak RON95 ke RON97?...Lu fikir le sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...