Thursday, July 30, 2009

Face The Heat

Kali ni dalam siri riak CDwi ni..hehehe.. Aku nak review album Scorpions-Face The Heat. Kenapa aku pilih album ni..walaupun album ni tak le berapa popular dari album2 Scorpions yang lain. Ada 2 sebab...
1. Pasal Berteromber tak de CD ni...huhuhu..
2. Atas permintaan Sdr Portdy.
Album ni keluar pada tahun 1993. Album studio yang keberapa pun aku dah tak ingat. Tapi tak silap aku album studio ke 2 dibawah label PolyGram. Pasal Scorpions bermula dgn label RCA (zaman uncle Uli dulu la), pas tu label EMI. Kemudian berpindah ke PolyGram.

Album ni diproduce oleh Bruce Fairbairn dan Scorpions sendiri. Terus terang aku kata, yang aku dah lama tak dengar lagu2 dari album ni. Bila Sdr Portdy review lagu2 bonus dalam album ni, aku pun blur je...ada ke lagu tu?..Rupa2nya bila aku check balik, memang ada... Mengikut CD aku ni yg dicetak kat Segambut..(yg ni aku tambah sesedap rasa) ada 13 buah lagu. Track list malas aku nak taip. Cukup le aku kata yg paling popular lagu Under The Same Sun. yang lain2 macam Alien Nation, No Pain No Gain...dan lain2 le...

Album ni dirakam kat Little Mountain Sound Studio kat Vancouver, Rawang..eh..Canada le..!!
Macam2 kredit ada dalam inlay dia. Macam Opera voice pada lagu Ship of Fools..dari Helen Donath. Sapa?..aku pun tak kenal...dan macam2 lagi le. Pengakuan iklas aku...CD ni aku beli pun pasal pada ketika tu CD baru muncul dan berleluasa. Nak kata favourate aku pun tak jugak. Aku lebih prefer album2 70's dan early 80's Scorpions lagi. Tu pasal aku jarang bukak CD ni...


Errr... CD yang belakang tu nak review ke? Kalau ada permintaan buleh gak..aku bukak isi dalamnya...




Wednesday, July 29, 2009

Cross Road

Kali ni aku nak cerita pasal album2 kegemaran aku. Banyak tu. Dari yang rock sampai ke 80's new wave. Sayangnya banyak keset2 aku dah hilang. Terutama ketika aku berpindah dari Kg Pandan ke Rawang ni. Yang aku upgrade ke CD kebanyakannya lebih kepada kompilasi atau The Best Of aje.. Pasal satu ketika dulu aku senang nak pasang kat CD changer kereta aku. Tapi la ni dah tak pakai CD dah...main MP3 aje..lagi beribu buleh pasang. Dan sekarang ni pulak aku dah tak drive kereta ke tempat kerja..Lagi tak de masa nak dengar. Maka CD2 aku dah berterabur tah kemana. Bila aku berblogger ni, kenal pulak dengan geng2 riak CDwi ni..Alamak...rasa nyesal pulak aku sepah2kan CD aku dulu..Dan keset2 harta karun aku dulu...penuh satu kotak yg isi TV 20". Semua dah terbuang. Memang le keset tu kebanyakan dah tak leh nak bunyi pun. Tapi buleh gak aku riak kesetwi...kan?...

Oklah..memulakan siri Album pilihan aku ni...aku pilih album Bon Jovi Cross Road. Ni album best of. Ada 14 lagu. Penuh dengan lagu2 popular Bon Jovi. Cuma tak banyak lagu2 lama. Bon Jovi ni sebenarnya aku lebih suka album pertama hingga album New Jersey. Pas tu aku dah tawar. Pasal dah mula slow sangat. Album pertama self-title dan album kedua 7800' Fahrenheit adalah album yg aku paling minat. Pasal memang 80's sangat le album ni... Slippery When Wet dan New Jersey dah popular sangat. Album ni ramai yg tau..

Tapi sayang dalam Cross Road ni cuma ada Runaway dari album pertama dan In & out of love dari album kedua. Sedangkan banyak lagi lagu2 best dari dua album tu. Camana..bukan aku yang buat kompilasi ni...Kalau aku yang buat dah tentu ikut selera aku. Dah tentu aku masukkan lagu2 seperti 'Roulette' 'Only Lonely'...

Pada sesiapa yg riak CDwi tu...Nanti le, aku pun nak kumpul balik album2 yg aku minat. Buleh la aku riak pulak...hahahaha! Sabau je laa...



Test Drive-Pajero GDi V6

Agak sibuk sikit aku sepanjang minggu lepas. Lama dah rasanya tak update blog aku ni. So kali ni aku nak cerita pasal kereta. Lebih tepat lagi 4x4. Member aku sorang ni baru beli Pajero...Baru beli, bukan beli baru. Aku antara tukang test drive sebelum nak beli ni.. Memula aku nak cerita pasal harga dulu...Peh!! berbaloi baloi ni...Model import tu..kalau masa baru dulu harganya lebih RM200 ribu tu. Ni dapat RM45 ribu je. Kondisen masih elok. Tengok le sendiri gambar2 ni...
Dashboard...ada airbeg.
Enjin Turbo Diesal
Masih cantik lagi...
Setelah dipandu uji maka kesimpulannya, aku memang puas hati. Enjin masih ok lagi. Suspension pun buleh lagi dipakai. Konar masih sedap. tak de rasa berbuai2. Aku biasa pakai Pajero(Kompeni punya). Biasanya kalau koner tak stabil. Maklum le tinggi. Tapi yg ni memang stabil. Cuma pickup kurang sikit. Walaupun berenjin Turbo Diesal. Setakat lari 120km/j masih rasa ok. Tak banyak gegaran.

Maka dengan harga yg ditawarkan tu..memang berbaloi baloi. Tu pun dah ada Mamat kaki 4x4 yg dah offer nak beli dgn harga yg lagi tinggi. Setakat nak jual balik RM60 ribu tu senang2 je buleh jual.
Ada sunroof lagi...
Dah nampak langit..

Cermin belakang gelap...JPJ sangkut ni...

Sunday, July 19, 2009

Raja Ekspo

Cerita pasal ekspo dan funfair ni..Kite mesti tak lari dari teringat kat Band ni...memang diaorang Raja Funfair dan Ekspo...Sapa lagi kalau tak XPDC. Antara Band rock melayu yg aku minat. Pasal album2 mereka memang rock tulin. Aku nak cerita sikit pasal Mail..Dulu mamat ni jiran aku..sama2 tinggal kat Tmn Kosas Ampang. Tu jam aku bujang lagi..awal2 90an tu. Satu je silap mamat ni..suara dlm rakaman studio memang best. Live hancus... Aku masih ingat lagi waktu tu. Dia tengah buat album Timur Barat. Hari2 jogging keliling flat tempat aku tinggal. Katanya nak built-up stamina. Ada satu malam tu, siap terjerit2 test suara. Pas tu kena sound dgn Abg ketua Blok flat aku...hahahaha...tu la..nak jerit dalam funfair laa..Sebenarnya aku tak le berapa rapat dgn Mail ni...setakat tegur2 gitu je. Selalu jugak jumpa Izo..datang rumah Mail ni. Masa tu Izo pakai kereta Mazda 626..
Ni aku nak review CD Headbang. Sebenarnya ni CD koleksi lagu2 yg buleh headbanging dari XPDC. Dari album Darjah Satu sampai album Kita Peng Yu. Ada 10 lagu semuanya. Tak de lagu2 slow. Track list:
1. Kita Peng Yu
2. Hamba Abdi
3. Selendang Merdeka
4. Jangan Tak Mandi
5. Bahalol
6. Talam Dua Muka
7. Penyakit Gatal
8. Ntahapahapantah
9. Hairan Bin Ajaib
10. Gerak 2000
Album ni keluar sebelum Brutal. Sedap gak layan koleksi metal dari XPDC ni.. Pasal dedulu aku selalu turun funfair kalau ada konsert XPDC ni. Tak lengkap ekspo atau funfair kalau tak de XPDC. Pernah satu ketika dulu...ada funfair kat Jengka 18(dekat dgn kg aku bini). Maklum le masa tu baru kawin. Balik rumah pak mertua tak tau nak buat apa. So malam ada funfair..layan je laaa...XPDC lak tu...ok je la.
Bila Mail kuar...aku kurang le sikit dgn XPDC. Terus terang..aku tak berapa masuk dengan Ali. Walaupun tak dinafi, Ali memang power kalau live. Tapi ton suara dia utk rakaman studio...aku tak berapa minat. Dengar Ali..aku terus teringat lagu Bunga Angkasa..Terra Rosa..huhuuhu..

Brutal...album last yg aku beli dari XPDC. pas tu aku dah tak layan dah...

Expo dan Kereta.


Honda Civic yg pintu berkepak.

Dah lama aku tak merayau2 tengok expo ni...Jadi hari ni aku berkesempatan singgah kejap kat expo area 'bandaraya' aku. Aku tak masuk le kat area2 jualan yg macam pasar lambak tu. Tak de benda yg aku nak beli.. Aku lebih tertarik dengan pameran kereta 'berhias' ni. Pasal aku pun memang giler pasal modified keta ni.
Banyak sangat piala tu..
Tak banyak sangat le kereta yg mengambil bahagian. Maklum le ekspo kecik. Tapi ok le jugak dengan kereta2 yang dipamerkan. Kira berhias taraf antarabangsa je jugak. So tengok je la gambo2 ni...aku snap pakai handphone N70 je. DSLR aku masih kat dalam kedai lagi..tak de sen nak tangkap. adus...hehehe!

Bahagian dalam macam harimau daaa...tengok LCD tu..beso tu..

Speaker macam telinga kecik je..

Memang best...berapa cost ni?

Ni pun tayang speaker..berdentum2

Penuh bulu2 ni. Buleh bersin aku...

Deretan sebahagian kereta yg mengambil bahagian

Kancil pun ada..Kancil gua je tg tak layak lagi nak join..huhuhu

Yg ni pun nampak best

Waja yg dalamnya serba kuning. Ngalahkan kereta diraja.

Dalam kuning, luar hijau..

Accord dgn speaker yg sempoi je..


Siap airbrush lagi kat pintu...Tapi tak de yg gambo naga..

Monday, July 13, 2009

Mabuk Durian.

Durian..raja segala buah!

Sekarang ni musim durian. Banyak le jumpa orang jual durian kat tepi2 jalan. Aku tak berapa minat nak beli. Pasal kalau nak makan puas2 sampai termuntah durian..gi je la ke dusun aku. Dusun aku???... Dusun Pak Mertua le..bila pulak aku rampas kuasa ni. So cuti hujung minggu lepas aku balik Pahang. Pak mertua suruh balik makan durian. Boleh le tahan banyaknya. Bila dah ada kat pangkal pokok..tak rasa nak makan dah..muak!!. Bila sikit, macam nak rak makan.

Isi minyak dalam perjalanan pulang ke kampung.

Kat kebun ni bukan hanya durian je. Macam2 ada!!..Setiap kali musim buah, memang Pak Mertua aku paksa balik. Kekadang malas gak. Pasal aku makan pun tak seberapa sangat. Tapi kerana nak jaga hati Pak Mertua, balik le jugak walaupun 2 hari je...

Ini bukan durian. Ni nangka namanya...

Ada berbagai2 jenis durian kat dusun ni...Ada yg isi kuning, ada yg isi putih...Tah, aku pun bukan arif sangat dengan nama durian ni. Kena tanya dgn orang yg gila durian, baru le tau nama2 jenis durian ni. Aku tau makan je..janji sedap.

Makan jangan tak makan.

Biasa le bila balik ni...nak balik KL mesti dibekalkan dgn buah2an ni...Tu le benda yg aku paling lemah. Banyak sangat le yg disuruh bawak balik. Tak bawak takut kecik hati..susah nanti!! Penuh bonet 'BMW' aku...hehehe! Seksa oii nak balik KL. Paling seksa nak panjat bukit Genting...merangkak2 'BMW' tua aku tu..hehehe!...tu laa, ingat nak pakai Hilux Commonrail, buleh bawak bebanyak...dgn pokok2 durian sekali pun buleh bawak..(anak durian lee!!)

Rambutan pun ada. Panjat je laa..

Maka minggu ni aku mabuk durian je la. Yang dah tak termakan tu, buat lempuk ke, gula derian ke...pon sodap!! Tapi tahun ni durian Pahang tak berapa menjadi. Tak banyak sangat. Kalau banyak, hendak aku ajak member2 datang sekali. Buleh rasa durian baru gugur camana...

Ni buah apa ni?..Duku.

Pokok Durian...

Ni buahnya..

Mabuk le tengok durian bebanyak ni...

Dalam dusun buah2an.

Nyamuk banyak ni..tu yg aku lemah tu...

Buah durian dari atas pokok. Bila nak gugur ni?

Dah kenyang. Balik le...berat kereta bawak durian...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...